Direka khusus untuk penunggang berjiwa muda tanpa mengira usia, Vespa Primavera Color Vibe baharu menampilkan siri istimewa dan penghormatan kepada gabungan warna-warni yang riang.
Didatangkan dengan gabungan warna istimewa, Primavera Color Vibe ditawarkan dengan dua pilihan corak dwi-tona istimewa, iaitu Orange Tramonto dan Blue Audace.
Melengkapkan gabungan warna istimewa itu, sisi perisai hadapan dan panel sisi dihiasi dengan grafik khusus dengan garis berwarna hitam.
Hiasan penutup hendal pada perisai hadapan juga dipadankan dengan grafik tersebut, bersama rim eksklusif, dibuat hanya untuk versi itu dalam kemasan metalik berkilat khas.
Ia turut dilengkapi hiasan hitam yang sporty pada rangka lampu depan dan lampu belakang, profil di sepanjang perisai hadapan, bahagian pelindung lumpur depan , spring suspensi hadapan dan pelindung, pemegang penumpang dan penutup silencer.
Primavera Color Vibe turut dilengkapi pelana berwarna hitam dengan jahitan antrasit.
Dari segi kuasa, Primavera Color Vibe menggunakan enjin Piaggio I-get silinder tunggal 154.8 cc sejukan udara yang menghasilkan 12.7 HP dan 12.8 Nm.
Untuk pasaran Malaysia, Vespa Primavera Color Vibe ditawarkan pada harga bermula dari RM22,300.