Vespa lancar Sei Giorni dengan lampu bawah - RM34,500

oleh Mohamad Hanif|
Vespa Malaysia melancarkan model gaya klasik Sei Giorni II Edition di Vespa Day yang berlangsung di Tambun malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih mirip kepada model GTV dahulu, Sei Giorni ini mudah dikenali kerana lampu utamanya yang dipasang pada “mudguard” roda hadapan.

Nama Sei Giorni ini diambil bersempena kemenangan Vespa dalam perlumbaan lasak jarak jauh Sei Giorni Internaziole pada tahun 1951.

 


Sepuluh Vespa menyertai perlumbaan enam hari tu dan Vespa memenangi pingat emas dalam sembilan kategori, walaupun ada banyak motosikal-motosikal yang lebih besar dan berkuasa yang turut berlumba.

Model Sei Giorni yang dilancarkan ini datang dengan enjin 300 HPE (High Performance Engine) sejukan cecair yang memberikan 23.8hp dan 26Nm, 12 dan 18 peratus lebih berkuasa dari enjin lama.

 


Selain dari lampu hadapan mentol halogen yang unik dan klasik itu, Sei Giorni juga mempunyai fairing atas berwarna tembaga, menaikkan lagi seri panel meter skuter retro ini.

Alatan standard termasuk port USB, lampu belakang LED sepenuhnya dan sistem ABS untuk kedua-dua roda.

Selain dari itu, ia mempunyai tangki bahan api sebesar 8.5 liter serta roda aloi 12-inci dengan tayar tanpa tiub.

 


Seperti Vespa-Vespa lain, Sei Giorni menggunakan kerangka aluminium aloi untuk memastikan pengendalian yang lebih tegap dan sporti.

Harga jualan untuk skuter klasik ini ialah RM34,500.

Untuk pasaran Malaysia, Didi Resources, pengedar rasmi Vespa turut memberikan cermin hadapan (windscreen), kotak kargo 36-liter dan pendakap kotak tersebut secara percuma.

 

 


Walaupun Vespa kekal sebagai sebuah jenama premium, Didi Resources juga telah menurunkan harga-harga produk, aksesori dan juga alatganti Vespa agar ia lebih memberi saingan di dalam pasaran.

Nah, skuter dengan gaya klasik tetapi prestasi dan teknologi modern.

Tunggu apa lagi?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…