Vespa GTS Super 300 Quasar dilancar - Hadir dengan empat pilihan warna, harga serendah RM28,202!

oleh Afandi Che Muhamad|
Usaha pengedar rasmi motosikal jenama Vespa di Malaysia, Naza Premiera untuk kekal utuh dalam segmen skuter tempatan semakin serius menerusi pelancaran model skuter baharunya iaitu Vespa GTS Super 300 baharu hari ini.

Memiliki nadi enjin Quasar bersesaran 300cc, skuter tersebut berupaya menghamburkan kuasa maksima mencecah 21.2Hp pada 7,750rpm dan puncak tork sekitar 22Nm pada 5,000rpm.

Aplikasi tersebut berhasil mencorakkan respon pantas pendikit untuk disesuaikan dengan kegunaan dalam bandar.

Enggan berkompromi dengan aspek keselamatan, Vespa GTS Super 300 Quasar baharu berkenaan turut didatangkan bersama fungsi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di bahagian depan belakang roda.

Selain itu, skuter tersebut juga memiliki fungsi Anti Slip Regulation (ASR) yang memastikan pengendalian lebih baik.

Antara ciri baharu lain yang boleh didapati pada Vespa GTS Super 300 Quasar termasuk teknologi lampu jenis LED, sambungan USB, papan pemuka LCD, fitur carian motosikal (bike finder), sistem operasi elektrik kawalan jauh (electric remote operating system), anti-theft immobiliser serba baharu.

Sebagai permulaan, skuter berkenaan disediakan dengan empat opsyen warna untuk dipilih pengguna seperti putih (Monte Bianco), hijau (Verde Speranza), hitam (Grigio Titiano) dan kuning (Giallo Gelosia).

Harga yang ditawarkan bagi Vespa GTS Super 300 ialah RM28,202 (harga atas jalan). 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan CEO Kumpulan Naza, "semenjak…
Gaya Hidup
Dengan adunan pelbagai jenis elemen seperti jentera, musik, budaya, fesyen, bundle, bmx  serta…
Gaya Hidup
Menurut Mohammad Syukur Bin Rohani selaku pengurus program, objektif Penang Scooter Day 2019…