Vespa terus mengekalkan reputasi sebagai simbol reka bentuk moden klasik, di mana Vespa GTS menyerlahkan elemen tersebut dengan lebih bergaya.
GTS 300 Classic baharu menggabungkan keseimbangan antara tradisi dan inovasi, dengan perincian yang halus serta kualiti binaan yang mencapai tahap tertinggi.
Vespa GTS 300 Classic kini sertai barisan model sedia ada, termasuk GTS SuperSport yang sporty serta GTS SuperTech yang dilengkapi teknologi canggih.
Dari segi kuasa, ia dikuasakan oleh enjin HPE silinder tunggal 278 cc SOHC sejukan cecair, dipadankan bersama transmisi CVT, yang menghasilkan 23.8 HP dan 26 Nm.
Dari segi suspensi pula, ia didatangkan dengan lengan dan penyerap hentak tunggal di hadapan yang yang telah dinaik taraf, serta dua penyerap hentak hidraulik boleh laras dengan fungsi 4 tetapan preload di belakang.
Reka bentuk Vespa sentiasa mengutamakan keselesaan ergonomik, memberikan posisi tunggangan semula jadi yang selesa dan mudah dikendalikan oleh semua penunggang.
Vespa GTS baharu juga menekankan aspek touring dan perjalanan jarak jauh, dengan tempat duduk yang lebih selesa untuk penunggang dan pembonceng, serta rekaan ergonomik yang memudahkan penunggang pendek.
Vespa GTS 300 Classic hadir dalam tiga warna menawan, iaitu Beige Sabbia Q02, Black Vulcano ND, dan Green Relax V11.
Vespa GTS 300 Classic ditawarkan dengan harga pengenalan eksklusif RM29,900 untuk 50 pelanggan pertama, dan akan kembali ke harga asal pada RM31,900 selepas tamat tawaran.