Vespa GTS 300 baharu kini di pasaran Malaysia - Versi SuperSport dan SuperTech, harga bermula RM32,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Didi Group, pengedar rasmi bagi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan model Vespa GTS 300 baharu, yang kini diperhalusi dengan rekaan luaran ikonik dan enjin berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GTS baharu menyerlahkan itu gaya Vespa yang merupakan ikon reka bentuk moden di dalam keluarga modelnya, ia kini ditawarkan dengan tidak kurang daripada dua belas skema warna berbeza yang tersedia.

 

2

 

Keanggunan adalah hasil keseimbangan ajaib antara tradisi dan kemodenan yang keluar dalam barisan GTS, diperhalusi dengan teliti hingga ke perincian terkecil, dan kualiti pembinaan ditingkatkan ke tahap baharu.

Rangkaian Vespa GTS baharu didatangkan dengan pelbagai kelengkapan standard, bersama dua versi, dimana setiap satunya mempunyai kelebihan sendiri, iaitu GTS SuperSport dengan gaya sporty, dan GTS SuperTech dengan ultra-teknologi.

 

3

 

Dari segi kuasa, kedua-dua versi dikuasakan oleh enjin HPE silinder tunggal 278 cc SOHC sejukan cecair, dipadankan bersama transmisi CVT, yang menghasilkan 23.8 HP dan 26 Nm.

Dari segi suspensi pula, ia didatangkan dengan lengan dan penyerap hentak tunggal di hadapan, serta dua penyerap hentak hidraulik boleh laras dengan fungsi 4 tetapan preload di belakang.

 

4

 

Ia turut dilengkapi dengan set rim aloi aluminium bersaiz 12 inci, dibaluti tayar bersaiz 120/70 di depan dan 130/70 di belakang.

Versi SuperTech pula menerima paparan skrin TFT berwarna yang memaparkan semua maklumat penting, serta sistem Vespa MIAconnectiviti standard untuk SuperTech dan pilihan tambahan untuk SuperSport.

 

5

 

Untuk Vespa GTS SuperSport, ia ditawarkan bermula RM32,900, bersama pilihan warna baharu iaitu gloss Orange Tramonto AX dan White Innocenza BR, serta warna matte Black Opaco Matt NS dan Green Olive Matt V06.

Untuk Vespa GTS SuperTech pula, ia ditawarkan bermula RM36,900, bersama pilihan warna baharu iaitu Grey Quarzo Matt G27 dan Blue Deep D13.