Vespa 946 10° Anniversario, model edisi khas sempena tahun arnab

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut tahun baru cina yang akan tiba, Vespa akan mengeluarkan model 946 10° Anniversario edisi khas yang hanya akan dihasilkan terhad kepada 1000 unit sahaja.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Vespa 946 dikuasakan oleh enjin 155 cc 1 silinder menghasilkan kuasa sehingga 12.7 HP pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm.

2

Vespa 946 juga dihasilkan dengan badan monocoque yang dilengkapi pelana tunggal, hendal aluminium, panel sisi dan pelana sokongan pada bahagian belakang.

946 10° Anniversario masih ditawarkan bersama roda aloi 12 inci, cakera brek bersaiz 220 mm serta angkup brek di depan dan belakang, ia turut didatangkan standard bersama sistem ABS dua saluran dan ciri kawalan cengkaman.

3

Semenjak debut pada tahun 2013, Vespa 946 telah ditawarkan dengan beberapa edisi istimewa, termasuklah edisi khas terkini yang hanya ditawarkan sebanyak 1000 unit, mereka yang berminat boleh layari laman sesawang Vespa bermula 22 Januari.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu menampilkan ruangan pameran yang menawarkan barisan model Aprilia dan Vespa…