Vespa 125 klasik kini dalam bentuk LEGO

oleh Mohamad Hanif|
Buat mereka yang meminati rekaan klasik skuter Vespa, ini merupakan satu berita baik.

LEGO telah bekerjasama dengan Piaggio menghasilkan sebuah kit LEGO Vespa 125 era 1960-an untuk dijadikan sebagai hiasan yang sempurna atas meja kerja anda.
 

LEGO


Ia juga turut menerapkan elemen klasik dan tersendiri yang biasanya dikaitkan dengan model Vespa, seperti contoh layangan warna biru langit, penutup enjin yang boleh dibuka bagi mendedahkan 'enjin' Vespa, topang tengah yang berfungsi, kotak kargo kecil, rekaan pelana berasingan, serta replika helmet berwarna putih yang lengkap dengan goggle.
 

Vespa


Kit yang terdiri daripada 1,106 kepingan LEGO ini akan mula dijual pada 1 Mac 2022 dengan harga jualan bermula dari $99.99 (RM419.96).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Vespa 946 dikuasakan oleh enjin 155 cc 1 silinder menghasilkan kuasa sehingga 12.7 HP pada 7,750…
Pelancaran Motosikal
"Saya suka Vespa, dan untuk bekerjasama dengan jenama klasik ini adalah satu perkara yang sangat…
Berita Domestik
Beberapa buah model Vespa Primavera, Sprint dan Vespa S 125 juga ditayangkan  kepada peminat…