Versi produksi supercar 1,030 hp dari China bakal muncul

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bulan Mac lalu, syarikat penyelidikan automotif dari China, Techrules mempamerkan dua konsep supercar mereka di Pameran Automotif Antarabangsa Geneva dan mengumumkan rancangan untuk menghasilkan model jalanan bagi konsep GT96 dalam masa beberapa tahun lagi.

Seperti yang dijanjikan, Techrules akan mempersembahkan model produksi GT96 tahun hadapan pada pameran yang sama juga.

Untuk mempercepatkan lagi proses penyelidikan dan pembangunan kenderaan tersebut, Techrules telah melantik pereka kenderaan masyhur, Giorgetta Giugiaro dan anaknya, Maurizio Giugiaro untuk membantu mereka.

[gallery size="large" ids="15641,15642,15643"]

Selain dari itu, Techrules juga telah meminta bantuan dari LM Gianetti untuk menolong dalam proses pembinaan 25 unit supercar itu yang akan mula dihasilkan tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, ia masih belum lagi sedia untuk dijual sehingga tahun 2018 atau 2019 kerana sistem pacuan yang digunakan masih belum diuji sepenuhnya.

GT96 akan menggunakan teknologi Turbine-Recharging Electric Vehicle (TREV) yang direka oleh Techrules sendiri. Sistem pacuan itu menggunaan turbin mikro yang akan mengecaj bateri di dalam supercar itu dan kemudiannya menjana elektrik yang secukupnya untuk memberi tenaga kepada enam motor elektrik.

Menurut Techrules yang berpengkalan di Beijing, sistem turbin ini menggunakan jumlah bateri yang jauh lebih sedikit dari sistem 'range-extending" yang lain (Proton contohnya menggunakan sebuah enjin kecil untuk menjana elektrik bagi mengecaj bateri-bateri dalam kenderaan prorotaip elektrik mereka). Oleh kerana itu,  TREV sepatutnya lebih ringan dan lebih kompak.

[gallery size="medium" ids="15644,15645,15646"]

Generator turbin itu juga hanya memerlukan 40 minit untuk mengecas semua pek bateri pada GT96. Turbin mikro pada TREV akan berputar pada kelajuan 96,000 rpm dan menghasilkan 36 kW, di mana 30 kW ialah untuk kegunaan generator dan bateri lithium-manganese-oksida sekuat 20 kWh. Baki 6kW lagi akan digunakan untuk kegunaan peralatan elektronik di dalam supercar itu.

Ujian Techrules terhadap sistem turbin TREV itu mendapati ia boleh menggunakan bahan api seperti gas asli, biogas, diesel, petrol dan bahan api kapal terbang (aviation kerosene).

[gallery columns="2" size="medium" ids="15647,15648,15649,15650"]

Secara teori, Techrules berkata penggunaan bahan api kapal terbang sebanyak 80 liter mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 2,000 km di dalam bandar.

Techrules sedang menguji sistem TREV ini di trek Silverstone di UK dan keputusan menunjukan ia mungkin mampu untuk mencapat pecutan 0-100 kmsj dalam masa 2.5 saat dan halaju maksimum ialah 350 kmsj.

Kuasa maksimum GT96 pula ialah 1,030 hp dan 8,640 Nm, dan GT96 itu pula hanya seberat 1,380 kg.

Mantap bukan?