Versi konsep Alfa Romeo 4C tampak jahat!

oleh Mohamad Hanif|
Alfa Romeo setakat ini masih tidak mempunyai perancangan untuk menggantikan model 4C di dalam plan lima tahun mereka yang baharu sahaja dikeluarkan.

Namun begitu, sebuah syarikat reka bina dari Itali, Umberto Palermo dan Adler Group dari Up Design membantu anda untuk membayangkan reka bentuk kereta sports yang mungkin mustahil untuk menerima pembaharuan daripada Alfa dalam masa terdekat. 
 


Untuk bahagian luaran, Palermo masih menggunakan rekaan semasa 4C, dan menjadikannya lebih agresif dengan penampilan lampu LED dan lampu isyarat membelok diletakkan di bahagian bawah. 

Rekaan fender hadapan juga telah diubah semula bagi menampakkan 4C ini mempunyai rupa yang sangat garang dengan tambahan elemen bahasa rekaan Alfa yang terkini. 

Sementara itu di bahagian tengah, rekaan liang kemasukan udara juga telah diintegrasikan bersama  garisan bumbung yang rendah. 

Bucu rekaan yang tajam kini telah menggantikan kebanyakan elemen bulat tumpul pada model terdahulu. 
 


Untuk kabin, Adler Group pula bertanggungjawab membawa masuk elemen dua tona (hitam/tan) pada pemilihan bahan kulit dan gentian karbon bagi menyerikan lagi penampilan model ini. 

Terdapat paparan skrin digital diletakkan di hadapan pemandu, namun ketiadaan paparan skrin untuk sistem hiburan dilihat sedikit pelik untuk era digital masa kini. 

Tiada sebarang maklumat berkenaan spesifikasi enjin yang disertakan pada model konsep ini. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, menurut Auto Express UK, Alfa Romeo mahu menghentikan segala pembangunan terhadap model…
Berita Global
  Stelvio Ti menggantikan Milano Edizione yang merupakan varian tertinggi Stelvio. Varian baharu…
Berita Global
Kecewa dengan kekalahan di tangan Mercedes-AMG GLC 63 S di Litar Nurburgring tahun lalu, Alfa Romeo…