VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Johor kembali normal

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Link kedua (Second Link) direkodkan kembali normal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata terdapat penurunan jumlah kenderaan asing minggu lalu, namun ia kembali normal selepas pihaknya memberi jaminan tiada tindakan saman dikenakan kepada pemandu yang belum memasang VEP pada 3 Oktober lalu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Anthony berkata untuk fasa pertama ia hanya memberi peringatan walau bagaimana pun tiada masa yang spesifik berapa lama ia akan berterusan.

Jelas Anthony, pihaknya juga mempunyai maklumat data kemasukan kenderaan Singapura ke Johor dan beliau menyeru semua pemandu berkenaan untuk tidak bertangguh serta mendaftar VEP dengan segera.

Syarikat vendor VEP juga dicadangkan untuk menambah lagi lokasi pendaftaran bagi memudahkan permohonan dan mengelakkan kesesakan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 112,658 tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP kepada kenderaan nombor pendaftaran Singapura, setakat 30 September lalu. 

75,412 tag telah dipasang dan diaktifkan pada kenderaan berdaftar di Singapura manakala 37,246 lagi, belum diaktifkan.

Bacaan sepenuhnya di RTM

Berita Berkenaan

Informasi
Lokasi baharu berkenaan adalah di parkir Tingkat 7, Paradigm Mall pada esok hingga Khamis (30-31…
Informasi
Ia adalah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Taman Daya, Johor dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah…
Berita Domestik
Menurut beliau, berdasarkan statistik sebanyak 58,791 permohonan VEP daripada pemilik kenderaan…