Vendor Malaysia pamer keupayaan di IESS 2019 Chennai menerusi Myvi, Bezza

oleh Mohamad Hanif|

Kira-kira 100 buah syarikat dari Malaysia kini menghadiri acara International Engineering Sourcing Show (IESS 2019) bertempat di Chennai, India bagi meneroka peluang pasaran di negara tersebut. 

Antara syarikat yang turut menyertai pameran tersebut ialah: 

  • Suria Component Manufacturing
  • Sapura Automotive Industries
  • DRB-Hicom
  • Sanyco Grand Industries
  • Fulle Technik 
  • Group Components Automotive
  • Azman Hamzah Plastik/Industrial Quality Management
  • HIL Industries
  • PD Kawamura Kako
  • Delloyd Industries


Dalam masa yang sama, MARii turut membawa masuk dua buah model tempatan, iaitu Perodua Myvi dan Perodua Bezza bagi menunjukkan kepada India keupayaan vendor-vendor tempatan yang menyertai acara tahunan ini. 

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Perodua akan menetapkan India sebagai destinasi eksport seterusnya selepas mereka memilih Sri Lanka dan Kepulauan Mauritius. 

 


Berikut merupakan ringkasan pencapaian sektor automotif bagi tahun 2018:

 

  • Secara keseluruhannya, pasaran eksport komponen dan alat ganti menunjukkan peningkatan, dengan nilai sebanyak RM12.1 billion
  • Manakala eksport kenderaan pula mencecah paras RM2 billion buat pertama kalinya setelah mencatatkan penurunan tahun lalu. 
  • Sejak tahun 2016, sektor pembuatan semula alat ganti dan komponen mencatatkan kadar kenaikan yang stabil dari tahun ke tahun.
  • Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dan Jumlah Keseluruhan Produksi (TPV) masing-masing mencatatkan kenaikan kepada 603,664 dan 572,471. 
  • Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, terima kasih kepada program pembangunan modal insan yang dijalankan seperti Industry Professional Certificate (IPC) dan Automotive Industry Certified Engineer (AICE).
  • Pembangunan tenaga mahir menerusi Industri 4.0 merupakan kunci utama bagi MITI dan MARii yang memberikan manfaat kepada lebih dua ribu peserta daripada pelbagai bidang.
  • Kadar penembusan EEV ke dalam pasaran Malaysia kini melebihi sasaran yang ditetapkan tahun lalu, iaitu sebanyak 62%.
  • Ini menunjukkan peningkatan minat umum terhadap kenderaan jimat bahan api, jimat tenaga serta kurang pelepasan emisi karbon, menerusi program yang dianjurkan seperti Malaysia AutoShow
  • Pelbagai program strategik dianjurkan bersama syarikat automotif tempatan, Proton dan Perodua dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, selaras dengan Industri 4.0.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Minggu lalu, Careta diberikan peluang untuk mengikut sama menyertai acara International Engineering…