Velocity Motor Show 2018 di Kuala Lumpur September ini!

oleh Mohamad Hanif|
Velocity Motor Show 2018 bakal menyerikan lagi senario automotif tempatan yang bakal diadakan pada 15-17 September ini bertempat di Outdoor Carpark, Plaza Arkadia di Desa Park City, Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara yang dianjurkan oleh FitzGerald Events ini akan diadakan untuk tahun yang ketiga setelah penganjuran pada tahun 2017 berjaya menarik lebih daripada 10,000 orang pengunjung dan peminat dunia automotif. 

Dengan bayaran masuk sebanyak RM10, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai acara yang menarik serta pameran jentera beroda yang mampu memukau pandangan dan tawaran hadiah yang menarik bernilai RM5,000 bagi pelanggan yang menempah sebuah kereta baharu sepanjang tiga hari acara tersebut dijalankan. 
 


Di dalam majlis prapelancaran yang telah diadakan baru-baru ini, pihak FitzGerald Events juga telah memperkenalkan AutoCulture Malaysia, sebuah jenama media automotif yang bernaung di bawah AutoCulture Asia berpangkalan di Singapura. 

AutoCulture Malaysia merangkumi majalah online yang memaparkan kandungan digital meliputi perkembangan di dalam dunia automotif tempatan, sukan permotoran, kereta baharu dan kelab kereta, dan AutoCulture Studio pula bertindak sebagai satu platform menyediakan kandungan berita modifikasi dan pengubahsuaian kenderaan untuk semua lapisan masyarakat. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Velocity Motor Show 2018, pembaca boleh melayari facebook.com/VelocityMotorShow dan juga di facebook.com/AutoCulture.MY/