Vellfire lebih jimat kos sewa banding Perdana - MOF

oleh Mohamad Hanif|
Penukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) daripada model Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L, dapat menjimatkan perbelanjaan sewaan kenderaan kerajaan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan kos sewa bulanan bagi Toyota Vellfire 2.5L adalah lebih rendah, iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).

"Penukaran model KRJ juga dibuat berikutan penamatan pengeluaran Proton Perdana 2.4 Premium pada 2014," menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial mengenai penggunaan Toyota Vellfire 2.5L bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4 Premium sebagai kenderaan rasmi Jemaah Menteri, apabila proses penggantiannya dimulakan pada April lalu.

Menurut kementerian berkenaan lagi, cadangan penukaran model kenderaan rasmi Jemaah Menteri itu telah dipertimbangkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, namun hanya dilaksanakan tahun ini.

"Untuk makluman, KRJ bagi Jemaah Menteri sebelum penggantian pada tahun ini, ada yang mencecah usia enam tahun sedangkan penggantian KRJ bagi Jemaah Menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali," menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama menerusi Berita Harian

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…
Berita Domestik
  "Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut…
Berita Domestik
Mei tahun lalu, seorang doktor telah menyaman pengarah JPJ Pulau Pinang, ketua pengarah dan…