Vector - jadi mangsa isu kereta terbang yang diumumkan menteri sebelum ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Vector, konsep kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Aerodyne telah dipersembahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed oleh Menteri Keusahawanan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta diberitahu bahawa Vector ini bukanlah kereta terbang yang diumumkan oleh Redzuan pada awal tahun lalu kerana Vector ini ialah sebuah konsep Kenderaan Mobiliti Udara.

Careta juga percaya pihak Aerodyne "diarah" untuk menghasilkan sesuatu untuk LIMA dalam masa yang terlalu singkat. Mustahil untuk sebuah syarikat berjaya untuk melakukan sesuatu tanpa perancangan yang lengkap. 

Di bawah ialah informasi yang Careta terima dari Facebook Aerodyne Group yang memaparkan beberapa fakta dan juga FAQ untuk projek Vector.

Juga disertakan informasi berkaitan syarikat itu sendiri yang mempunyai wakil di 24 negara di seluruh dunia.

 

1. Adakah ini projek kereta terbang yang diumumkan pada awal tahun 2019? 

  • Bukan, ini ialah konsep sebuah kenderaan udara untuk perjalanan dari poin A ke poin B. 
  • Perjalanan melalui udara mampu merentas pelbagai halangan dan memberikan laluan yang lurus, tidak diganggu oleh kesesakan lalu lintas dan mampu menjimatkan sebanyak 75 peratus dari waktu perjalanan.
  • Ia juga bukan dibina untuk dijual kepada individu. Ia akan dijual kepada syarikat profesional yang akan memastikan ada solusi untuk keselamatan dan kawasan perkhidmatan yang luas. Ia umpama Grab atau Uber tetapi kenderaan yang digunakan dimiliki oleh syarikat.
  • Ia dianggarkan akan mula beroperasi di kawasan kecil dahulu pada pertengahan tahun 2025.

 


2. Siapakah yang sekarang ini terbabit dengan projek seperti ini di seluruh dunia?

  • Pelbagai syarikat besar sebesarnya sedang mengkaji konsep yang sama, seperti Airbus. Uber, Ehang, Lillium, Rolls-Royce, Skydrive, A.L.I., Volo dan pelbagai lagi.
  • Ada di antara mereka itu sudah mempunyai kenderaan untuk ujian sejak dua tahun lalu.

 


3. Berapa besarkah industri ini dan kenapa ia penting untuk Malaysia?

  • Menurut kajian NASA Urban Mobility bersama dengan McKinsey, pasaran industri mobiliti udara ini dianggarkan bernilai sebanyak US$500 billion.
  • Kami percaya Malaysia mempunyai kepakaran kejuruteraan yang cukup untuk menampung projek mobiliti udara ini dan ia bakal memberikan peluang perniagaan kepada warga Malaysia di dalam industri aeroangkasa.
  • Ia juga adalah peluang untuk Malaysia terbabit dengan lebih awal untuk membantu industri yang bakal merombak dunia pengangkutan.

 

4. Apa maksudnya Kenderaan Mobiliti Udara dan bila ia boleh digunakan secara meluas?

  • Kenderaan mobiliti udara ialah kenderaan elektrik berautonomi (panduan sendiri) yang mampu terbang secara menegak (electric VTOL - Vertical Take Off and Landing).
  • Forum Ekonomi Dunia dan pelbagai lagi agensi udara awam dari US, UK dan Jepun bercaya kenderaan mobiliti udara akan menjadi satu perkara lazim bermula dari tahun 2030.
  • Dalam tahun 2050, orang awam akan mula menggunakan ruang udara untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
  • Di Malaysia, prototaip Vector dijangka akan terbang pada penghujung 2019 dan ia akan mula berkhidmat di kawasan tertutup pada tahun 2020. 
  • Aerodyne juga menjangkakan Vector hanya boleh digunakan oleh sejumlah orang awam dalam tahun 2021.

 


5. Apa yang diperlukan untuk menjadikan kenderaan mobiliti udara satu kenyataan?

  • Mobiliti Udara bukan hanya berkaitan dengan kenderaan itu sahaja. Ada empat komponen utama yang diperlukan untuk menjadikan ia realiti.
    • Teknologi
      • Kenderaan itu sendiri, sistem pengurusan udara (Air Traffic Management) dan infrastruktur
    • Undang-undang
      • Sijil-sijil, klasifikasi dan kerangka kerja (framework) untuk operasi kenderaan mobiliti udara itu perlu untuk melindungi semua, terutamanya pengguna.
    • Penerimaan
      • Ia perlu diterima oleh orang ramai agar mereka tidak takut untuk menggunakannya.
    • Pembekal perkhidmatan
      • Perlu ada syarikat atau organisasi untuk menguruskan dan menjalankan perkhidmatan mobiliti udara.

 


6. Siapakah yang membangunkan Vector dan siapa yang membiayai projek itu?

  • Aerodyne menjadi ketua di dalam kajian kejuruteraan dan rekabentuk untuk kenderaan udara ini.
  • Model yang ditunjukan di LIMA 2019 adalah rekabentuk awal dan ia dijangka akan berubah -dari segi kejuruteraan dan bentuknya.
  • Ia tidak dibiayai oleh pihak kerajaan. Pembiayaan setakat ini ialah 100 peratus dari dana swasta.

 

7. Siapakah Aerodyne?

  • Kumpulan Aerodyne ialah sebuah syarikat "drone solution provider" sejak empat tahun lalu. Ia mempunyai ibupejabat di Petaling Jaya dan wakil di 24 negara.
  • Dengan jumlah pekerja seramai 260 tenaga pakar di seluruh dunia, pasaran antarabangsa utama untuk Aerodyne ialah di Jepun, Amerika Syarikat, Australia, UK, Denmark, UAE, Chile, Arab Saudi, Russia, Kazakhstan dan India.
  • Aerodyne juga ialah antara pemain antarabangsa tersohor di dalam industri drone ini. 
  • Ia adalah syarikat nombor satu di Asia dan tujuh di dunia menurut Drone Industry Insights.

 

8. Apakah info teknikal berkaitan model Vector di LIMA?

  • Model konsep dengan skala 1:10 yang dipamerkan di LIMA Langkawi itu memberikan gambaran kasar kepada prototaip sebenar yang boleh berfungsi dan dijangka dihasilkan pada penghujung 2019
  • Di bawah ialah spesifikasi konsep Vector yang kita boleh anggarkan.
    • Waktu penerbangan: 30 - 90 minit (boleh terbang lebih lama jika teknologi bateri semakin maju)
    • Rekabentuk ruang kargo boleh-tukar yang unik itu menjanjikan tiga jenis fungsi:
      • Perkhidmatan Kecemasan seperti untuk kesihatan, perubatan, perisikan, pengawasan dan peninjauan.
      • Pengangkutan kargo komersil
      • Pengangkutan penumpang (seperti teksi udara)



* Gambar utama dari The Straits Times Singapura

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perjanjian itu, terdapat inisiatif yang akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran dron…
Berita Domestik
Kini, kepakaran Aerodyne bakal dipergunakan sebaiknya menerusi kerjasama dengan DHL Express…
Berita Domestik
Di bawah ialah apa yang dikatakan oleh Kamarul. 1. Beliau menjemput siasatan audit dilakukan…