Vario pada BMW R1300 GS - sistem kotak barang paling modern

oleh HEZERI SAMSURI|
Sistem luggage atau kotak barang untuk motosikal adalah antara aksesori paling popular untuk mereka yang sering menunggang jauh.

Kebolehan membawa barang dengan mudah, selamat dan kering memang didambakan tetapi selama ini, kotak barang cuma mempunyai teknologi secanggih kotak kasut - tiada apa yang istimewa.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Pelancaran model legenda BMW R1300 GS tahun turut melihat syarikat itu memperkenalkan sistem luggage terbaharu yang disulami dengan teknologi-teknologi yang tidak pernah lagi dilihat pada motosikal genre adventure.

Hanya hadir dalam versi Vario yang menggunakan bahan polimer (plastik), ia pastinya tidak akan menjadi kegemaran ramai di Malaysia yang lebih sukakan pannier dari bahan aluminium aloi tetapi mungkin fungsi-fungsi inovatif Vario terbaharu ini boleh menangkis tanggapan Vario ini membosankan.

Vario ini hadir dalam bentuk pannier (kotak-kotak sisi) dan top case (kotak atas).

 

 

1. Direka agar selari dengan rekabentuk R1300 GS

Kotak Vario (pannier dan top case) direka khusus untuk nampak sepadan dengan bentuk GS1300 itu.
Gabungan warna perak metalik dan hitam itu dikatakan sesuai dengan karektor GS1300, terutama untuk varian premiumnya, Taramuntana.

2. Lengkap dengan sistem elektrik

Kotak Vario kali ini menggunakan sistem penyambung yang lengkap dengan soket, membolehkan pengguna mengecas alatan elektronik seperti telefon pintar, tablet, laptop dan sebagainya.
Ia mempunyai soket USB-A yang mempunyai kuasa mengecas sehingga 15W (5V/3A) di pannier sebelah kiri dan di top case.

3. Lampu terbina di dalam

Kedua-dua pannier dan top case mempunyai lampu LED yang membantu pemilik di waktu malam.

 

 

4. Sistem kunci berpusat

Kesemua kotak-kotak Vario ini mempunyai sistem kunci berpusat.
Menggunakan gelombang radio, ia kan terkunci bila pemilik menekan punat pada kunci.
Ini cukup memudahkan kerja kerana tidak perlu lagi menguncikan setiap satu kotak-kotak itu.
Kunci fizikal biasa tetap ada sekiranya ada masalah dengan bateri.

5. Saiz boleh ubah
Sama seperti Vario sebelum ini, kapasitinya boleh dibesarkan untuk memuatkan lebih banyak kargo. 
Cuma tidak seperti dahulu, pannier dan top case Vario kali ini boleh dilaraskan menggunakan tombol yang dipusingkan mengikut saiz yang diperlukan.
Secara keseluruhan, sistem Vario baharu ini memberikan sehingga 97 liter kapasiti kargo.

 

 

6. Fungsi kargo di luar
Vario yang baharu ini direka agar pemilik masih boleh mengikat kargo tambahan di atas kotak-kotak tersebut.
Untuk top case, kargo tambahan seberat 2 kg boleh diikat di atas penutupnya.
Untuk pannier pula ialah 1 kg untuk setiap sisi.

7. Beg dalam 
Semua kotak-kotak Vario ini mempunyai beg yang boleh dibeli secara berasingan bagi memudahkan kita memuatkan kargo.
Beg untuk pannier Vario sebelah kiri dilengkapkan dengan kusyen bagi melindungi peranti elektronik yang disimpan.

8. Had kelajuan lebih tinggi
Had laju yang dibenarkan oleh BMW bila Vario ini dipasang pada GS1300 ialah setinggi 180 kmsj.

Sistem Vario yang baharu ini tidak boleh digunakan oleh model-model GS sebelum ini atau model-model lain BMW.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Secara keseluruhan, motosikal ADV ini telah menerima hampir kesemuanya versi baharu, dari rupa reka…
Informasi
Stabil Susun atur enjin boxer memberikan ia titik graviti yang rapat ke bumi, menjadikan ia sangat…
Berita Global
Ada juga beberapa perkara tentang GS ini yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan sebuah kenderaan…