Varian Triton Quest rasmi dilancarkan - warna White Pearl, bermula dari RM79,890

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi sebuah lagi penawaran varian baharu trak pikap Triton, dikenali dengan nama Triton Quest.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berbanding dengan trak pikap Triton standard yang diperkenalkan sebelum ini, Triton Quest memiliki jarak kelegaan tanah yang lebih rendah, namun tidak mengorbankan aspek keselesaan, keluasan kabin serta radius pusingan sekecil 5.7 meter.

Jarak kelegaan tanah yang rendah ini juga memudahkan proses memuatnaik dan memuat turun barangan kargo di bahagian ruang belakang.

 


Selain daripada itu Triton Quest juga turut menawarkan ruang simpanan rahsia di bahagian tempat duduk belakang. 

Dari segi penawaran kuasa, Triton Quest hadir dengan enjin diesel turbo empat silinder sebaris 2.5 liter namun dengan talaan yang mampu menjana 110 PS dan 200 Nm daya kilas. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda 195 R15 C menerusi transmisi manual lima nisbah kelajuan
 


Tidak dilupakan aspek keselamatan seperti dua unit beg udara SRS, ABS, EBD, serta casis Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang diperkuat bagi menjamin keselamatan pengguna. 

Harga jualan bagi varian Triton Quest bermula dari RM79,890.00 dengan penawaran warna tunggal White Pearl. 

Selain daripada pengenalan Triton Quest, Mitsubishi turut memperkemaskan lagi varian Triton Adventure X dengan penambahan aksesori All Round Monitor, ciri perakam video pemanduan, pelekat badan sisi serta tint solar premium. 


Manakala Triton AT Premium turut mendapat naik taraf aksesori iaitu ciri rakaman pemanduan, tempat duduk balutan kulit dan sistem audio skrin sentuh 7 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…