Varekai - nama untuk SUV pertama Aston Martin

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Selepas Bentley dan Jaguar melancarkan SUV mewah mereka, rakan senegara Aston Martin nampaknya tidak mahu ketinggalan.

Memang umum mengetahui jenama kereta kegemaran James Bond ini akan memperkenalkan SUV pertamanya tahun hadapan, desas desus nama untuk model baharu itu telah mula muncul.

Menurut Autocar UK, walaupun nama model konsep SUV yang pertama dipertontonkan sewaktu Pameran Kenderaan Geneva tahun 2015 ialah DBX, Aston Martin telah memohon hak untuk penggunaan nama Varekai.

Walaupun Aston tidak mahu memberi sebarang komen, nama Varekai sesuai kerana kesemua model Aston Martin bermula dengan huruf V - Vantage, Vanquish dan Valkyrie.

 

 

Aston tidak akan menggunakan mana-mana platform lama ataupun platform dari Mercedes-Benz (Mercedes mempunyai pegangan saham ke atas Aston). 

Namun begitu, Varekai akan mempunyai enjin 4.0L twin turbo V8 dari AMG yang menghasilkan 503hp. 

Enjin 5.2L V12 dari Aston sendiri akan digunakan juga - dengan prestasi 600 hp.

Menurut urban dictionary.com, nama Varekai ialah perkataan tidak rasmi (colloquial) yang membawa maksud sangat mahir atau menakjubkan (awesome). 

Contohnya, "skil pemanduan anda sangat varekai la brader".

Ia tidak ada kena mengena dengan kuih vadai atau vadey yang sedap itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…