Vape dan ketum haram di Thailand - Tourism Authority of Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Cerita-cerita mengenai ragam rakyat kita memasuki Thailand memang ada banyak dikongsi oleh orang ramai.

Hujung minggu lalu, Careta berpeluang mengikuti satu taklimat ringkas yang diadakan oleh Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT).

Berlangsung di Ipoh, pelbagai maklumat dapat diterima dari wakil-wakil agensi kerajaan Thailand yang turut hadir untuk memberi informasi.

Thai envoy
Dari kiri: Mickey, Lefetenan Kolonel Amornpong dan Ahmad Mad-adam.

 

Antara yang hadir ialah Ahman Mad-adam, pengarah Perbadanan Pelancongan Thailand untuk Malaysia dan Brunei, Leftenan Kolonel (LK) Amornpong Sommanawan, Kaunselor Polis di Kedutaan Thailand untuk Malaysia, Soontorn Noiboonma atau Micky, pemandu pelancong yang juga popular di kalangan kelab-kelab motosikal Thailand dan Malaysia.

Di sini Careta menyenaraikan informasi yang dipelajari semasa perjumpaan tersebut.

1. Menurut LK Amornpong, sesi dialog di Ipoh dan sebelum itu di Kuala Lumpur dilakukan kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang memandu dan menunggang masuk ke Thailand tanpa menyedari perubahan pada undang-undang negara itu.

2. Kerana itu, banyak kesalahan yang dilakukan kerana sebelum ini, mereka yang masuk merasakan ia bukan satu kesalahan.

3. Antara kesalahan yang dilakukan ialah membawa walkie-talkie. Ini telah diterangkan oleh Careta dalam artikel terdahulu.

 

minum
Pastikan jangan membawa jus ketum. Minum sahaja di rumah. Jus oren tak apa.

 

4. Satu lagi yang disebut oleh LK Amornpong ialah daun atau jus ketum juga salah di sisi undang-undang di Thailand. Mungkin ini ditujukan kepada rakan-rakan di kawasan sempadan yang biasa dengan ketum sebagai minuman tradisional.

5. Rokok elektronik atau vape juga diharamkan. Menurut LK Amornpong, membawa masuk rokok elektronik adalah salah dari segi akta barangan import Thailand. Kerajaan Thailand tidak membenarkan rokok elektronik dibawa masuk dan sekiranya tertangkap, denda yang dikenakan ialah sebanyak 4 kali harga rokok elektronik itu. Ini bermakna sekiranya rokok elektronik anda berharga RM100, dendanya ialah RM400.

speed trap careta

 

6. Kamera halaju dan sebarang kesalahan trafik di Thailand kini akan direkodkan di dalam sistem komputer pusat. Ini bermakna, sekiranya anda ditangkap memandu laju di Thailand dan tidak membayar saman, ada kemungkinan besar anda akan ditahan di pintu masuk sempadan selagi saman tidak dijelaskan. Ini sama seperti di Singapura.

7. Thailand kini sedang benar-benar memerangi masalah kemalangan akibat pemandu mabuk. Kerana itu, hukuman atas kesalahan memandu semasa mabuk sangat tinggi - denda dan penjara.

8. Sekiranya anda terbabit dengan kemalangan dan terbukti anda dalam keadaan mabuk, mana-mana insurans tidak akan melindungi anda dan anda akan terus ditahan untuk dibicarakan. "Tiada kompromi dalam bab pemandu mabuk", terang LK Amornpong.

 

Hooters
Jika anda manbuk, naik tuk-tuk dan pastikan anda ditemani sahabat. Paling baik, jangan minum arak. Minum susu.

 

9. Pemeriksaan pihak berkuasa dipergiatkan di semua tempat-tempat pelancongan atau di kawasan wujudnya banyak tempat minumam keras selepas tengah malam.

10. Untuk menghalang gejala rasuah, kerajaan Thailand memastikan setiap road-block atau sekatan jalanraya akan melibatkan tiga pihak berkuasa tempatan - polis, tentera dan pihak pusat kesihatan. Jika anda ada niat untuk memberi rasuah, anda perlu merasuah ketiga-tiga pihak tersebut. Nasihat kami, jangan jadi bodoh.

11. Menurut perjanjian dan juga perbincangan antara negara-negara anggota Asean, lesen memandu dan menunggang Malaysia boleh diterima pakai di Thailand. Ini disahkan sendiri oleh LK Amornpong.

thairoad

 

12. Jika berlaku kemalangan, ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lalukan:

  • Jangan melarikan diri
  • Ambil sebanyak mungkin gambar kemalangan, lokasi, kenderaan dan sebagainya berkaitan kemalangan itu
  • Telefon polis di talian 191
  • Telefon talian kecemasan insurans - 1186 (tidak sah untuk mereka yang cuma mengambil insurans pihak ketiga sahaja)
  • Sediakan borang insurans dan pasport serta lesen memandu
  • Pergi buat laporan polis

13. Pastikan borang kastam kenderaan, manifesto penumpang dan kad kemasukan disimpan dengan baik kerana ia diperlukan kembali semasa henda keluar dari Thailand. Jika anda seorang yang penyepah dan pelupa, minta orang lain jagakan atau duduk sahaja di rumah dan layan drama Samarenda.

Terima kasih kepada saudara Assir yang membantu Careta untuk berhubung dengan TAT. Untuk informasi tentang insurans kenderaan pula, apa kata terus ke artikel ini.

INSURANS KENDERAAN PELANCONG DI THAILAND

phuket

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…