Van Porsche paling rare untuk dijual, harga dari RM1.72 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Usah tertipu dengan rupa paras luar van berwarna putih ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun secara zahir nampak macam sebuah van T3 Transporter berlogokan VW, tapi ia sebenarnya merupakan sebuah Porsche sebenar!
 

VW


Projek van ini asalnya bermula pada tahun 1985 di mana Porsche memerlukan sebuah mod pengangkutan yang cepat untuk membawa bekalan alat ganti ketika kempen rali Paris-Dakar.

Van asal VW T3 nampaknya tidak cukup bertenaga, jadi para jurutera Porsche membuat keputusan untuk menaiktaraf van tersebut supaya lebih berkuasa.
 

Porsche


Pertama sekali, nadi asal VW T3 telah dihukum buang daerah, dan digantikan dengan enjin flat-six yang disumberkan daripada Porsche 911 3.2 Carrera, dipadankan dengan transmisi manual Porsche.

Nadi ini mampu menjana 228 hp dengan kelajuan tertinggi 185 km/j.

Untuk menampung peningkatan kuasa, van ini telah dilengkapi dengan sistem brek yang lebih besar, serta sistem suspensi baharu.
 

VW


Antara ciri menarik yang ada pada van ini termasuklah penambahan skirt depan dan belakang, rim Fuchs bersaiz 16 inci, liang penyejukan enjin pada bahagian sisi belakang, serta tip ekzos yang lebih besar.

Difahamkan, sebanyak tujuh unit contoh van ini telah dibina di bengkel Porsche di Welscherath pada tahun 1985 dan turut mempunyai nombor pendaftaran VIN yang diiktiraf sebagai sebuah kenderaan Porsche di Jerman.
 

VW


Dengan jarak perbatuan 130,770 km, van ini masih lagi berada di dalam kondisi yang baik, dengan sesetengah aspek yang perlu dibaiki seperti contoh cat badan, tip ekzos berkarat serta panel pintu yang agak kosong itu.

Van Porsche ini akan dijual pada harga €364,900 (RM1.72 juta).