Van panel Mitsubishi Outlander PHEV Commercial, harga dari RM133k di UK

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada popular sebagai sebuah kenderaan pilihan untuk seisi keluarga, Mitsubishi Outlander PHEV juga turut didatangkan dalam versi komersil van panel untuk pasaran United Kingdom. 

Bagi memenuhi tujuan utama dipasarkan sebagai kenderaan komersil, Mitsubishi telah membuang kerusi baris kedua dan ketiga yang menghasilkan ruangan kargo rata sebesar 1,650 mm panjang, 1,000 mm lebar dan 800 mm tinggi. 
 


Menurut Mitsubishi, kapasiti muatan maksimum yang dibenarkan pada Outlander PHEV Commercial ini adalah seberat 510 kg sahaja.

Segala kelengkapan pada Outlander PHEV Commercial ini adalah berdasarkan trim Juro seperti rim aloi 18 inci, kamera undur, kerusi dengan pemanas terbina dalam dan sistem infotainmen yang didatangkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 
 


Enjin yang digunakan pula ialah empat silinder sebaris 2.4 liter kitaran Atkinson dengan bantuan dua buah motor elektrik - satu untuk setiap gandar. 

Gandingan kedua-dua sistem ini mampu memberikan bacaan output kuasa sekitar 163 hp, dan pecutan sepantas 10.5 saat (0-100 km/j) dan kelajuan maksimum 170 km/j.

Dalam keadaan mod pemanduan elektrik sepenuhnya, Outlander PHEV ini mampu mencapai jarak sejauh 45 km. 
 


Harga jualan bagi Outlander PHEV Commercial ini bermula dari £25,113 (RM132,534) tidak termasuk cukai yang berkenaan. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Berita Global
Dari segi dimensi, van tinggi ini membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 4,318 mm, keupayaan…
Berita Global
Daihatsu Vizion-F Concept secara asasnya merupakan sebuah kenderaan komersial ringan berkuasa…