Van kotak aneh Toyota TJ Cruiser sah masuk produksi!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota TJ Cruiser merupakan satu konsep yang agak pelik dari negara Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bayangkan sebuah crossover van dan SUV dalam satu produk berbentuk kotak yang sangat-sangat aneh, namun menawarkan praktikaliti yang tersendiri. 

Berita baik buat mereka yang tidak kisahkan penampilan aneh TJ Cruiser ini, menurut Best Car Web dari Jepun, crossover ini akan mula dijual seawal tahun 2020.
 


Ia diperkenalkan buat kali pertama pada Tokyo Motor Show 2017, dan seperti yang anda lihat, van kotak telah diberikan elemen crossover/SUV dan mementingkan tahap praktikaliti yang sukar diperoleh daripada pesaing. 

Seperti contoh, kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan rata bagi memudahkan anda meletakkan barangan yang sangat panjang. 
 


Menurut Best Car Web lagi, TJ Cruiser mempunyai dimensi yang lebih pendek berbanding C-HR, namun lebih tinggi bagi meningkatkan lagi kapasiti muatan yang boleh ditawarkan. 

Dengan reka bentuk kotak, sudah pasti lebih banyak muatan yang boleh diangkut dengan ruang dalaman yang dimaksimakan. 

TJ Cruiser dikatakan bakal ditawarkan dalam layout dua baris dan juga tiga baris, bergantung kepada permintaan dari pelanggan. 
 


Manakala unit kuasa pula bakal menggunakan enjin 1.8 liter petrol hibrid empat silinder sebaris daripada Corolla Hybrid dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Terdapat juga opsyen enjin 2.0 liter petrol yang boleh dipadankan dengan sistem pacuan roda hadapan atau AWD tadi.