Van komersil yang lebih berdaya saing dari segi kos pemilikan itu menawarkan kadar penggunaan ruang yang paling tinggi, jarak kelegaan tanah yang terbaik serta ketinggian dalaman yang paling baik berbanding van-van komersil yang lain.
Kebolehan van panel yang mampu diubahsuai mengikut keperluan dan kehendak pelanggan memungkinkan ia menjalani pelbagai jenis transformasi menjadi sebuah pejabat bergerak, trak makanan, ambulans, perpustakaan bergerak serta galeri pameran bagi pelanggan seperti ejen pelancongan, DHL, Federal Ekspress serta beberapa agensi kerajaan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Manakala van bertingkap V80 pula mampu memuatkan 15 orang penumpang dengan selesa oleh kerana konfigurasi tempat duduk yang mengoptimasikan penggunaan ruang dalaman.
Menurut Datuk Vikram Menon, Pengarah Eksekutif Kumpulan Weststar, Maxus V80 mempunyai ciri-ciri menjadikannya van komersil yang lebih bernilai untuk wang jika dibandingkan dengan pesaingnya dan sememangnya ia dibina untuk bekerja (Build to Work).
Tambah beliau, versi elektrik Maxus V80 ini juga bakal dilancarkan kelak dalam tempoh terdekat sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau syarikat tersebut di samping menawarkan kos pengoperasian yang sangat kompetitif.
Setiap pembelian Maxus V80 didatangkan jaminan tiga tahun dengan servis percuma sehingga 150,000 km jarak perbatuan termasuklah alat ganti, upah buruh dan pelincir.
Dalam masa yang sama, Weststar Maxus juga telah membuka sebuah lagi pusat pameran bertaraf 3S terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan di sekitar Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Ini menjadikan pusat pameran 3S Bukit Mertajam sebagai sebuah hub Weststar Maxus untuk wilayah utara dengan sasaran peningkatan sebanyak 30% daripada jumlah jualan sedia ada.
Tambah Vikram lagi, pihak Weststar turut merancang untuk membuka sebuah lagi pusat pameran 3S yang bertempat di Alor Setar dalam masa terdekat bagi mengukuhkan kedudukan Weststar Maxus di wilayah Utara.