Van komersil Go Auto-Higer Ace dilancarkan - 18 tempat duduk, harga dari RM138k

oleh Mohamad Hanif|
Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM) dengan bangganya melancarkan kenderaan komersil yang dinamakan Go Auto-Higer Ace bertempat di IOI Citymall Putrajaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didatangkan dalam konfigurasi 15 dan 18 tempat duduk, van komersil ini menawarkan ruang kabin yang serba luas dan selesa untuk para penumpang, di samping menawarkan perjalanan yang menyeronokkan. 

Terdapat dua varian enjin, iaitu 2.5 liter dan 3.0 liter yang ditawarkan dengan transmisi manual lima atau enam nisbah kelajuan manakala ciri keselamatan pula dilengkapi dengan brek anti-kunci (ABS) dan EBD bagi memastikan keselamatan pemandu dan para penumpang. 
 


Berikut merupakan senarai harga bagi setiap varian Go Auto-Higer Ace:

  • 3.0L 6 Speed 18-seater - RM145,800
  • 3.0L 6 Speed 15-seater - RM145,300
  • 3.0L 5 Speed 18-seater - RM143,800
  • 3.0L 5 Speed 15-seater - RM143,300
  • 2.5L 5 Speed 18-seater - RM138,500
  • 2.5L 5 Speed 15-seater - RM138,300


Untuk sesi pandu uji dan tempahan, van komersil Go Auto-Higer Ace boleh didapati di pusat pameran di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kilang tersebut juga dikhususkan kepada pembuatan dan pemasangan NEV termasuk kenderaan elektrik (…
Berita Domestik
Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta,…
Model Terbaharu
Dari segi ukuran, Higer Ace E1 membawakan dimensi sepanjang 5.4 meter (5,380 mm), lebar 1,880 mm,…