Van komersial elektrik BYD T3 bakal dipasang di Tanjung Malim

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah van komersial berkuasa elektrik BYD T3 EV bakal dipasang di Malaysia kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CSH Alliance Bhd menerusi syarikat subsidiarinya, Alliance EV Sdn Bhd (AEV) dilapor telah menerima lesen pengeluaran untuk memasang van komersial tersebut di kilang baharu di Tanjung Malim, Perak.
 

BYD


Menurut laporan Bernama, AEV kini sedang memohon permint daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membawa masuk unit CBU BYD T3 EV untuk tujuan pengedaran sebelum memulakan proses pemasangan CKD.

Pengarah Eksekutif CSH Jeff Chong dalam satu kenyataan berasingan berkata, kilang pemasangan van tersebut akan ditempatkan di Automotive Hi-Tech Valley Tanjung Malim (AHTV) yang turut menempatkan kilang pengeluaran terbesar di Malaysia dengan syarikat rantaian bekalan yang komprehensif di kawasan tersebut.
 

BYD


Sebagai sebuah van komersial elektrik, BYD T3 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 134 hp dan 180 Nm, kelajuan tertinggi 100 km/j serta pek bateri lithium-ion NCM 50.3 kWh yang membenarkan jarak gerak sehingga 300 km untuk sekali cas penuh.

BYD T3 membawakan ukuran dimensi 4,460 mm, lebar 1,720 mm, tinggi 1,875 mm dengan kapasiti kargo sebesar 3,800 liter.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…