Van kilang dihempap jejantas - dua penumpang maut, tiga cedera

oleh SALINA JALIL|
Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan dari arah Pandan Indah menghala ke Shah Alam lewat petang semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mereka yang terselamat merupakan pemandu van yang juga seorang lelaki serta dua penumpang wanita.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dua yang terbunuh juga merupakan penumpang wanita dan kesemua lima mangsa adalah warga tempatan yang dianggarkan berumur 30 hingga 45 tahun.

 

“Tiga mangsa yang terselamat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya kepada pemberita di lokasi kejadian.

 

Jelasnya, mangsa yang meninggal dunia pula dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

 

“Siasatan mendapati kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di sebuah kilang berdekatan.

 

“Pemandu lori juga akan ditahan untuk membantu siasatan dan ujian saringan air kencing turut akan dilakukan,” ujarnya.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Operasi menyelamat kini sedang dijalankan. Maklumat lanjut berhubung punca dan keadaan mangsa…