Van kei HWE Electro Puzzle bakal serang pasaran US, LCV dengan jarak gerak 201 km

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, sudah terdapat barisan produk van komersial dalam kategori keicar dengan bentuk yang menarik dan pakej yang praktikal untuk kegunaan perniagaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, HWE Electro, sebuah syarikat baharu berazam untuk menjadi pengeluar kenderaan komersial ringan (LCV) yang pertama dengan memperlihatkan sebuah konsep yang digelar sebagai Puzzle.

Rupa paras Puzzle sememangnya banyak diinspirasikan daripada permainan puzzle, dengan struktur panel luaran yang boleh diubah dan ditukar dengan mudah bagi mengurangkan kos dan pembaziran bahan.
 

HWE


Dimensinya pula mampu menyaingi van-van kei di Jepun. Ia membawakan ukuran sepanjang 3,395 mm, lebar 1,475 m, tinggi 1,920 mm sementara jarak antara roda pula sepanjang 2,480 m.

Kapasiti pek bateri tidak diketahui, namun pek bateri lithium iron phosphate itu dikatakan mampu membenarkan pemanduan sejauh 201 km.
 

HWE


Ia juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga mudah alih, di mana terdapat port pengecasan USB serta sambungan bekalan tenaga AC yang boleh diakses terutama pada waktu kecemasan selain daripada kit pertolongan cemas yang disediakan.

Terdapat juga kehadiran panel solar di atas bumbung untuk penghasilan tenaga yang lebih bersih.
 

HWE


Sementara ruang kabin pula membawakan susun atur dua tempat duduk, dengan permukaan pada papan pemuka dan panel pintu seakan papan kenyataan yang boleh dikonfigurasikan mengikut keperluan.

Skrin di bahagian tengah bukan sahaja menyokong fungsi ketersambungan termaju, ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi MyHWE untuk pengurusan kargo, penghantaran, serta sokongan sewaktu bencana alam yang menggunakan kepintaran buatan (AI).
 

HWE


Akhir sekali, ruang kargo berbentuk hampir petak sepenuhnya itu boleh dioptimasikan untuk muatan kotak, dengan had kapasiti maksimum sehingga 350 kg yang sangat ideal untuk penghantaran urban.

HWE Electro Puzzle ini dijadualkan pelancarannya pada tahun 2025.