Van camper Peugeot bukti saiz bukan segalanya

oleh Mohamad Hanif|
Untuk berkelana di atas muka bumi, ada kalanya orang lebih meminati saiz kenderaan yang lebih besar - lebih banyak muatan yang boleh diletakkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk sesetengah mereka yang minimalis, dan tidak suka benda yang besar, dua unit campervan dari Peugeot ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh ideal. 

Salah sebuah daripadanya ialah Peugeot Partner yang dibina oleh syarikat dari Jerman, Alpin Camper. 
 


Jika diimbas sekali lalu dengan penampilan unit awning di bahagian bumbung, anda mungkin menyangka ia sebuah kaunter bergerak jabatan kerajaan tempatan untuk mengutip cukai dan fi parkir. 

Namun, memasuki ruang dalaman, anda akan disambut dengan unit sofa yang bertindak sebagai katil yang mampu memuatkan dua orang dewasa dengan selesa, dan ruangan storan di bahagian bawah sofa tersebut. 
 


Sementara itu, di bahagian kanan van pula terdapat ruang dapur kecil yang boleh digunakan untuk memasak, serta ruang storan tambahan. 

Bagi kami, ia adalah sebuah campervan yang cukup ringkas, sesuai untuk aktiviti hujung minggu sebelum kembali ke jadual kerja yang padat. 

Namun, bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih besar, Peugeot Traveller lebih sesuai. 
 


Van yang asalnya dengan tiga baris tempat duduk ini memang menawarkan lebih ruang, namun ia didatangkan dengan pemasangan komponen modular yang dipanggil sebagai Ischer iBox. 

Ischer iBox menawarkan katil yang lebih luas dan selesa, manakala di bahagian belakang pula tersimpan ruang memasak yang boleh ditarik keluar, merangkumi dua unit dapur, sinki dan juga ruang penyejuk. 

 


Kedua-dua unit campervan ringkas ini bakal dipamerkan pada acara Caravan Salon 2019 bermula 31 Ogos sehingga 8 September ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…