Valentino Rossi bersara! Ini pencapaian beliau dalam MotoGP dan Yamaha

oleh Muhammad Md Tajudin|
Valentino Rossi 6 Ogos 2021
Valentino Rossi 6 Ogos 2021
Legenda dan ikon sukan permotoran dua roda Valentino Rossi mengumumkan persaraan pada 6 Ogos 2021.

Beliau seorang penunggang yang dikagumi dan disegani ramai dan pasti akan dirindui dan dikenangi selepas ini.

Sepanjang kariernya, Valentino Rossi bersama pasukan unggul seperti Aprilia, Honda, Yamaha, Ducati dan kembali semula bersama Yamaha.

Jika hendak bercerita tentang sejarah dan pencapaian beliau dalam dunia dua roda, sangat banyak boleh dikongsi sehingga ke tahap buku atau filem.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Untuk itu kami ringkaskan rekod dan pencapaian beliau terutama sekali bersama Yamaha seperti di bawah:

26 musim, berlumba pada usia 42 tahun!

Dengan pertarungan selama 26 musim dan masih lagi bersaing pada usia 42 tahun, Valentino Rossi merupakan salah satu daripada pelumba terbaik sepanjang masa.

Rekod beliau menyamai Mike Hailwood dan Carlo Ubbiali yang masing-masing memiliki sembilan kejuaraan di semua kelas perlumbaan.

Dua pelumba yang belum berjaya disaingi ialah Giacomo Agostini dan Ángel Nieto.

Satu-satunya pelumba yang menang dengan lima jenis motosikal!

Di antara rekod unggul Valentino Rossi ialah beliau merupakan pelumba Yamaha paling berjaya dengan 56 kali juara daripada 264 perlumbaan.

Lagi fakta menarik ialah beliau satu-satunya penunggang yang memenangi kejuaraan kelas teratas dengan lima jenis motosikal berbeza.

Valentino Rossi menjadi juara menggunakan motosikal 500cc 4 silinder 2 lejang, 990cc 5 silinder 4 lejang, 990cc 4 silinder 4 lejang (Yamaha), 800cc 4 silinder 4 lejang (Yamaha) dan 1000cc 4 silinder 4 lejang (Yamaha).

Penunggang Yamaha paling berjaya

 

Valentino Rossi 6 Ogos 2021

 

Memegang rekod penunggang Yamaha paling berjaya dalam sejarah, Valentino Rossi menjadi juara sebanyak 56 kali, 46 kali naib juara dan 40 kalo di tempat ketiga sepanjang 264 perlumbaan setakat ini.

Tahun 2021 adalah musim perlumbaan ke-16 Valentino Rossi bersama Yamaha dalam kelas MotoGP dan beliau paling banyak bersaing dalam musim perlumbaan MotoGP menggunakan jenama Jepun itu.

Beliau juga berjaya mendapatkan kedudukan podium paling banyak untuk Yamaha dalam MotoGP dan setakat ini Valentino Rossi sudah berdiri di pentas itu bersama Yamaha sebanyak 142 kali!

Apa lagi kejayaan beliau bersama Yamaha?

Valentino Rossi berjaya mendapatkan kedudukan nombor satu paling banyak untuk Yamaha dalam kelas MotoGP dengan 56 podium tempat pertama!

Masing-masing mendapat manfaat sebenarnya apabila beliau berjaya memperolehi podium tempat pertama paling banyak untuk penunggang Yamaha dalam kelas teratas pada satu musim. 

Valentino Rossi menjadi juara sebanyak 11 kali pada 2005!

Berikut pula rekod umum yang dipegang oleh Valentino Rossi:

Beliau satu-satunya penunggang yang paling lama aktif di dalam saingan Grand Prix. Valentino Rossi mula berlumba pada tahun 1996 dan sekarang ini berada dalam musim ke-26.

Beliau memulakan 423 perlumbaan Grand Prix dan 363 daripadanya dalam kelas premier (500cc, MotoGP).

Valentino Rossi juga berjaya menghabiskan sebanyak 230 perlumbaan berturut-turut tanpa ketinggalan satu pun.

Rekod itu dimulakan dari tahun 1996 di negara kita sehingga perlumbaan di Mugello pada tahun 2010!

 

Valentino Rossi 6 Ogos 2021

 

Seperkara lagi yang menarik tentang Valentino Rossi apabila beliau adalah penunggang pertama memenangi pusingan kelas premier secara berturut-turut dengan pengeluar berbeza.

Pada pusingan terakhir musim 2003 di Valencia, beliau menang podium tempat pertama bersama Honda dan pada pusingan pembukaan 2004 di Afrika Selatan beliau menjuarai perlumbaan dengan Yamaha.

Beliau juga berdiri di podium dalam kelas premier (500cc, MotoGP) sebanyak 199 kali dan 235 kali dalam semua kelas perlumbaan.

Selain saingan dua roda, Valentino Rossi merupakan penunggang Grand Prix tunggal yang cemerlang di dalam perlumbaan rali. 

Beliau adalah juara tujuh kali Monza Rally Show dan memenangi kelas GTE Am dalam perlumbaan 12 Jam Gulf 2019 di litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Tidak hanya berlumba, Valentino Rossi juga satu-satunya penunggang aktif Grand Prix yang memiliki pasukan dalam kelas bawah dan pada masa yang sama beliau bersaing dalam kelas premier.

Secara keseluruhannya, Valentino Rossi memungut 6,330 mata (sebelum Styria GP 2021) jika dicongak kesemua kemenangan beliau dalam kelas 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP.

Harus diakui karier Valentino Rossi sememangnya penuh warna-warni dan perlumbaan grand prix dua roda dibayangi oleh beliau.

26 musim adalah satu tempoh yang begitu lama dan diisi dengan pelbagai kejayaan.

Seperkara lagi yang menarik ialah Valentino Rossi bermula di negara kita dan menamatkan karier pelumbaan bersama pasukan dari negara kita.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  "Antara mereka yang mengambil bahagian di litar itu hari ini adalah Valentino Rossi, dengan…
MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…
MotorGP
Pasukan yang berpusat di Tavulia ini juga turut mengesahkan mereka telah menandatangani kontrak…