Valentino Rossi beralih arah, kini penguji kereta

oleh SALINA JALIL|
Valentino Rossi yang bersara dari MotoGP pada penghujung musim 2021 akan memandu uji jentera Audi di Sepanyol dengan sasaran untuk bertanding dalam perlumbaan endurance, menurut pasukan WRT.


"Dari Selasa ke Khamis, pasukan Belgium melakukan ujian di litar Ricardo Tormo dekat Valencia bersama Audi Sport," umum pasukan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Antara mereka yang mengambil bahagian di litar itu hari ini adalah Valentino Rossi, dengan sasaran kemungkinan menjalankan kerjasama lanjut antara juara sembilan kali kejohanan motosikal dunia dan juara berpasukan Eropah di Cabaran GT Dunia."

 

Pelumba berusia 42 tahun dari Itali itu melakukan penampilan terakhir di MotoGP dekat Valencia pada 14 November lalu.

 

Dia dijangka memulakan musim 2022 dalam kelas GT3 dan mensasarkan kejuaraan 24 jam Le Mans dalam saingan perdana LMP2 atau kelas Hypercar.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
  Untuk itu kami ringkaskan rekod dan pencapaian beliau terutama sekali bersama Yamaha seperti di…
MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…
MotorGP
Pasukan yang berpusat di Tavulia ini juga turut mengesahkan mereka telah menandatangani kontrak…