Malah, litar berkenaan pernah beberapa kali menerima anugerah Grand Prix terbaik.
Litar itu masih berada dalam kontrak penganjuran sehingga 2026 dan kini memperoleh lanjutan kontrak untuk tempoh lima tahun seterusnya.
"Trek ini unik dengan beberapa pemandangan yang ditawarkan kepada penonton dan penyokong menjadikan ia unik buat kami dengan atmosfera luar biasa dilakukan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif pemegang hak MotoGP, Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta dalam satu kenyataan.
"Ia sentiasa penuh dengan penonton, promoter melakukan tugas dengan begitu baik," kata beliau lagi.
GP Valencia dibatalkan tahun lalu selepas wilayah berkenaan berdepan musibah banjir besar.
Litar berkenaan turut terjejas dengan beberapa laluan ke venue mengalami kerosakan teruk.
Kalendar MotoGP 2025 bakal menyaksikan GP Valencia dianjurkan pada 16 November ini.