Usain Bolt lancar perkhidmatan kongsi skuter elektrik di UK

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Usain Bolt, pelari pecut terpantas di dunia telah pun melancarkan jenama perkongsian skuter elektrik baharu di UK di bawah nama Bolt Mobility. 

Pelancaran dan pengenalan skuter elektrik tersebut dilakukan di restoran Bolt' Tracks and Records, di mana para hadirin diberikan peluang untuk mencuba sendiri skuter itu.

Namun, Bolt Mobility sebenarnya menghadapi satu masalah - kerajaan UK sebenarnya tidak membenarkan penggunaan skuter di jalan umum buat masa ini.

Menurut Usain Bolt, "walaupun pada ketika ini undang-undang sedia ada masih tidak membenarkan (perkhidmatan), kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan solusi kepada anda.
 


Setakat ini Bolt Mobility sudah pun beroperasi di Ford Lauderdale, Florida dan Paris, manakala di UK pula intrastruktur yang diperlukan sudah pun tersedia sejak dari awal. 

Larangan penggunaan skuter di jalan awam bukanlah sesuatu yang baharu - di Paris, skuter elektrik hanya dibolehkan beroperasi pada kelajuan 20 km/j dan tidak dibenarkan digunakan di taman-taman rekreasi. 

Idea untuk memperkenalkan perkhidmatan ini tercetus apabila Bolt mengembara ke serata dunia untuk bertanding, namun keadaan trafik yang teruk kadang-kala menjadi satu masalah buat beliau. 

Bolt nampaknya perlu mempunyai kabel yang sangat kuat dan dalam bagi membolehkan apa yang dihajatinya itu tercapai. 

Sumber: TechRadar