Usahawan Sabah sertai projek perintis TDP MARii untuk APEC 2020

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini mengumumkan sebilangan usahawan tempatan dari Sabah untuk menyertai program perintis Technopreneur Development Programme (TDP) anjuran MARii.

Program ini bertujuan untuk melatih dan menilai prestasi usahawan tempatan dari segi kewangan, teknologi, dan peluang pemasaran serta membantu mereka menghadapi dan menangani isu yang berbangkit. 

Hasil daripada program ini, kesemua usahawan yang menyertai akan diberikan peluang untuk menghasilkan hadiah dan cenderahati kepada delegasi yang bertandang di acara Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) tahun ini. 
 


Inisiatif ini diumumkan sendiri oleh Menteri YB Datuk Darrell Leiking bertempat di MARii Satellite Sabah, Penampang baru-baru ini. 

Menurut CIO MARii, Nizmar Mohad Nazar berkata, "program seperti TDP ini akan memberikan akses kepada teknologi Industri 4.0 kepada usahawan luar bandar, sekaligus membantu mereka mengoptimasikan operasi perniagaan menerusi adaptasi teknologi yang meningkatkan produktiviti dan kualiti. 

TDP dianjurkan dengan kerjasama daripada Fintech Lab dan Sabah merupakan negeri pertama di Malaysia yang menganjurkan program seumpama ini sebelum diperluaskan ke seluruh negeri di dalam Malaysia dalam masa terdekat. 

Malaysia akan menjadi tuan rumah APEC 2020 tahu ini dengan kehadiran kira-kira 16 ribu delegasi daripada 21 buah negara yang akan dianjurkan bermula Disember 2019 sehingga November 2020. 

 

Add new comment

Careta Ad