Usahasama Lazada dan Miros untuk tingkatkan penggunaan CRS

oleh SALINA JALIL|
Lazada Malaysia dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk pertingkatkan kesedaran kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dengan perjanjian ini, Lazada Malaysia mengambil inisiatif ini dengan melancarkan program "Car Seat Assurance", iaitu senarai khusus produk-produk CRS di LazMall yang menepati spesifikasi piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) ECE R44/04 dan ECE R129. Kerjasama ini adalah bersempena dengan penguatkuasaan penggunaan CRS bermula 1 Januari tahun hadapan.

 


Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Kevin Lee, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia dan Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah, MIROS dan disaksikan oleh Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan.

 

 

Kerusi keselamatan di bawah program ini boleh dikenal pasti melalui ikon/logo program "Car Seat Assurance" Lazada.

 

Lazada menjamin bahawa setiap kerusi keselamatan yang dilabel ikon ini dijual oleh peniaga yang telah mengemukakan salinan sijil UNR44 atau UNR129 bersama laporan ujian pelanggaran.

 

Dokumentasi produk tersebut juga telah dihantar ke MIROS untuk penilaian lanjut bagi memastikan keselamatan produk tidak dikompromi.


Terdapat lebih 40 model produk daripada 6 jenama tempatan dan antarabangsa yang dilabel ikon 'Car Seat Assurance' dan boleh didapati di LazMall dengan harga dari RM100 ke RM1,599.


Terdapat enam jenama CRS tempatan dan antarabangsa yang tersenarai dalam program 'Car Seat Assurance' Lazada ini:

 

1. Joie
2. Sweet Cherry
3. Sweet Heart Paris
4. Koopers    
5. Quinton    
6. Chicco

 

 

 

 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…
Berita Domestik
Anda boleh mendapatkan kad TnG baharu secara eksklusif menerusi laman platform e-Dagang Lazada,…