Usaha ditingkatkan ke arah mencegah motosikal guna laluan memotong

oleh HEZERI SAMSURI|

Kadar kemalangan maut di antara pengguna motosikal yang dikatakan meningkat menjadi punca beberapa agensi kerajaan sedang bergerak untuk mencegah motosikal menggunakan laluan memotong di lebuhraya negara.

Sumber Careta memberitahu bahawa usaha itu sedang dipertingkatkan kerana peningkatan kematian pengguna motosikal yang semakin meningkat.

Berita ini pertama kali dilaporkan pada bulan Mac 2016 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang meminta pihak berkuasa berkaitan menghalang motosikal dari menggunakan laluan memotong di atas lebuhraya-lebuhraya dalam negara.

Menurut laporan The Sun Daily oleh Shahrim Tamrin itu, undang-undang itu memang telah wujud tetapi tidak dipraktikan.

 

kaprawi the star
Gambar dari The Star

 

"Motosikal tidak patut menggunakan laluan memotong. Mereka sekarang menggunakannya tanpa memikirkan keselamatan mereka sendiri," ujar Aziz.

Tahun 2015, sebanyak 4,203 kematian melibatkan pengguna motosikal telah dilaporkan. Jumlah itu adalah 62 peratus dari jumlah keseluruhan 6,706 kematian akibat kemalangan jalanraya di Malaysia untuk tahun tersebut. Ia adalah peningkatan sebanyak 32 kematian berbanding dengan tahun 2014.

Laporan statistik kemalangan jalanraya Malaysia tahun 2016 masih belum dikeluarkan dan Careta menunggu pihak polis trafik untuk mengumumkannya.

Aziz juga turut berkata tidak mustahil sekiranya kerajaan mewajibkan penggunaan jaket pantulan cahaya (high visibility jacket) untuk pengguna motosikal.

Soalan Careta pula ialah:

  • Tuan Menteri mungkin sudah lupa akan kempen melekat sticker pantulan cahaya pada helmet. Sticker jauh lebih murah dari jaket. 
Hi Vis
Walaupun pakaian penunggang motosikal ini dilekatkan dengan lampu lap-lip Hari Raya sekalipun, tanpa pendidikan dan kempen kesedaran keselamatan jalanraya, jumlah kemalangan melibatkan pengguna motosikal tetap tidak akan turun dengan drastik. 

 

  • Laluan memotong memang merbahaya sekiranya motosikal itu tidak dapat mencapai kelajuan sekata oleh kenderaan lain. Namun begitu, sebelum kita terus berfikiran besar dan hendak memberi fokus pada lebuhraya-lebuhraya bertol, apa kata pihak kerajaan pastikan motosikal tidak menggunakan laluan kereta di Lebuhraya Persekutuan yang nyata sempit dan dipenuhi dengan motosikal bergerak pada 50 kmsj di laluan memotong dan laluan tengah.  Motosikal berkapasiti tinggi lebih selamat menggunakan laluan memotong, tetapi sikap menyelit pada kelajuan tinggi adalah satu tabiat yang merbahaya. Mungkin lebih kempen ke arah itu?
Kawa 1000

 

  • Bercerita tentang kempen, bilakah kali terakhir rakyat Malaysia melihat kempen keselamatan jalanraya? Adakah kempen ini perlu bermusim? Kenapa kita bercerita tentang pengharaman sedangkan pendidikan masih kurang? Pendapat Careta, jangan cari jalan penyelesaian jangka pendek kerana ia tidak popular di kalangan rakyat yang juga pengundi. Pendidikan dari segi kempen-kempen perlu sentiasa diadakan, seperti di Indonesia dan di Thailand.
  • Laluan-laluan di sekitar daerah Batu Pahat masih menjadi laluan paling merbahaya di Malaysia dengan kadar kemalangan tertinggi selama dua tahun berturut-turut. Kenapa tidak ada usaha yang jelas untuk menurunkan kadar kemalangan di laluan kebangsaan seperti di Batu Pahat? 

Selamat Hari Malaysia Datuk! 

 

 

Add new comment

Careta Ad