US mahu Tesla panggil semula 158,000 unit kenderaannya

oleh HEZERI SAMSURI|
Agensi keselamatan jalanraya US, NHTSA manu Tesla memangil semula 158,000 unit Model S dan Model X atas sebab skrin sentuh yang mengawal operasi media pada kenderaan itu gagal berfungs dan boleh menyebabkan risiko keselamatan.

NHTSA menghantar surat rasmi kepada Tesla selepas membuat siasatan pada November lalu dan melaporkan Model S buatan tahun 2012-2018 dan Model X buatan 2016-2018 mempunyai kesilapan teknikal yang mampu menggugat keselamatan kenderaan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Reuters melaporkan Tesla masih tidak memberi sebarang respon. Sekiranya Tesla tidak bersetuju, ia perlu memberikan laporan lengkap dan alasan kenapa.

Laporan NHTSA berkata ketika ujian data untuk Tesla, syarikat kenderaan elektrik itu mengesahkan bahawa sekiranya memori peranti itu mencapai tahap maksima, skrin itu akan gagal berfungsi.

NHTSA berkata kegagalan skrin sesentuh mampu menjadi risiko keselamatan kerana ia tidak akan memberikan imej video semasa mengundur. Ada sembilan panggil semula yang telah dilakukan oleh pelbagai syarikat kenderaan kerana isu yang sama.

Untuk Tesla, kegagalan skrin itu akan memberi kesan kepada sistem Autopilot dan penunjuk arah (signal). Pengguna juga tidak boleh menggunakan penyah-kabus untuk cermin dan sistem nyah-beku yang akan memberi kesan kepada pemandu.

November lalu NHTSA memeriksa 12,523 aduan dan tuntutan mengenai isu itu dari pemilik-pemilik.

Ramai yang mengadu bahawa Tesla mahukan pemilik membayar kos gantian selepas tempoh waranti tamat walhal ia bukannya satu kesilapan dari pengguna.

Di Malaysia, kejadian sebegini memang tidak akan terjadi dan mungkin kerana itu Tesla sepatutnya hadir di sini kerana pantauan dari kerajaan jarang dilakukan. 


* Laporan penuh di Reuter.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk…
Berita Global
Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…