US Legend Cars sedia platform khusus buat semua lapisan umur - di Gopeng Speed Motorway

oleh Mohamad Hanif|
Pada 31 Ogos yang lalu, bertempat di Gopeng Motor Speedway, T-City, Perak telah berlangsung satu perlumbaan kolaboratif yang dianjurkan oleh Legend Cars Australia.


Acara yang berlangsung pada Hari Merdeka itu menyaksikan peserta dari seluruh Malaysia dijemput untuk berlumba dengan enam pelumba handalan daripada musim perlumbaan Legend Cars Australia 2019. 

 


Menurut US Legend Cars Malaysia (USLCMY), acara ini bertujuan untuk mempromosikan platform perlumbaan litar oval serta perlumbaan Legend Cars di Malaysia serta di Asia Tenggara yang sebelum ini sudah pun popular di USA, Australia dan 26 buah negara yang lain. 
 


Acara Legend Cars ini merupakan satu platform yang sesuai untuk semua golongan, baik untuk mereka yang inginkan pengalaman pertama sehinggalah kepada perlumbaan professional tanpa perlu melaburkan kos yang tinggi serta mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa. 
 


Saksikan galeri gambar yang dibawakan khas untuk anda dari Gopeng Motor Speedway, T-City. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.uslcmy.com/

Add new comment

Careta Ad