Negara Amerika Syarikat itu akan membekalkan Angkatan Tentera Malaysia dengan trak-trak Heavy Expanded Mobility Tactital Truck (HEMTT) dan peralatan pengangkutan berat (Heavy Equipment Transporters - HET).
Program Foreign Military Sales dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat ini melihat negara itu memberikan tiga unit trak tersebut kepada tiga negara Islam - Lubnan, Iraq dan Malaysia.
Kontrak tersebut diberikan kepada syarikat pertahanan Oshkosh Defense bernilai RM68.74 juta dan pemberian kontrak tersebut diumumkan pada 22 September lalu dan penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut perlu dilakukan sebelum 31 Januari 2022.
Majalah Defense News menjelaskan kontrak tersebut melibatkan sebanyak 80 unit HEMTT dan setiap sebuah bernilai RM820,000.
Lubnan akan menerima 23 unit sementara jumlah untuk Iraq dan Malaysia tidak dipastikan lagi.
HEMTT sebenarnya mempunyai empat varian yang termasuk kargo, tangker dan traktor. Ia mempunyai lapan tayar dan memang dibina khusus untuk tujuan ketenteraan.
Kenderaan HEMTT jenis M1120A4 mempunyai kebolehan untuk mengangkut kargo seberat 11 tan, sementara model M977A4 pula mempunyai muatan kargo 10 tan.
Model HEMTT M978A4 pula boleh membawa muatan bahan api sebanyak 2,500 gelen dan HEMTT M1070A1 mempunyai kemampuan untuk membawa kargo seperti kereta kebal seberat 75 tan.
Terima kasih Uncle Sam!
Sumber: Defense Security Asia