Ini selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) olehPerdana Menteri yang membenarkan semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi semula bermula semalam.
”Sebenarnya, pelaksanaan pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ adalah dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
”Justeru bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja. Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” katanya.
Walaupun begitu, kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP).
Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan jika LKM ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu PKP ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
Sumber: Malaysia Gazette