Urus Performanté dalam perancangan - SUV 700 kuasa kuda?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nafsu manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada, begitu juga dengan Lamborghini yang dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi model Urus dengan tambahan kuasa kuda!

Menurut penulis Motor Trend, Jonny Lieberman melaporkan pengeluar supercar dari Itali itu sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan sebuah Urus berprestasi tinggi, dikenali sebagai Urus Performante.

Walaupun beliau memetik berita tersebut daripada sumber yang tidak jelas dan tiada butiran lanjut, tidak sukar untuk meneka apakah langkah Lamborghini seterusnya. 


 


Lamborghini Urus secara standard menghasilkan kuasa sekitar 641 kuasa kuda dan 850 Nm daripada enjin buatan Audi 4.0 liter bentangan V8. 

Untuk versi Performante pula, diramalkan kuasa tersebut akan ditala semula bagi mencapai aras 700 kuasa kuda, selain pengurangan berat badan dan talaan kepada mod pemanduan ANIMA (Strada, Sport, Corsa, Neve, Terra dan Sabbia). 
 


Kemungkinan untuk menampilkan sistem aerodinamik aktif Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) yang terdapat pada Huracan Performante dan Aventador SVJ juga tidak boleh ditolak sama sekali bagi menjadikan Urus sebuah jentera yang digeruni. 

Selain daripada versi prestasi tinggi, Lamborghini juga dikatakan sedang membangunkan sebuah Urus hibrid yang menggunakan trenkuasa yang sama pada Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid dengan kuasa yang dihamburkan sebanyak 680 hp. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, itu semua cerita lama, ini kerana SUV zaman sekarang kini memiliki prestasi yang hampir…
Berita Global
Jadi, untuk golongan yang tidak memerlukan supercar, SUV seperti Audi RS Q8 talaan Wheelsandmore…
Berita Global
Menurut laporan yang dibuat oleh Autocar UK menerusi temubual bersama ketua pegawai teknikal…