Urus - Lamborghini paling hangat di pasaran!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi pengeluar yang turut sama menceburkan diri di dalam segmen SUV, Lamborghini turut mengecapi nikmat jualan yang positif apabila berjaya menjual hampir 5,000 unit Urus pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menjadikan jumlah jualan Urus berjaya melonjak ke angka 8,205 unit untuk tahun 2019, dengan peningkatan sebanyak 43 peratus jika dibandingkan pada tahun 2018.

Dengan jumlah jualan sebenar Lamborghini Urus sebanyak 4.962 unit, ia sekaligus menyumbang kepada penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini. 

Jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun 2018 (Feb - Disember 2018), Lamborghini berjaya mengedarkan 1,791 unit Urus. 

Model-model lain turut mencatatkan rekod positif seperti Huracan V10 (2,139 unit) dan Aventador (1,104 unit). 

Daripada 165 buah pengedar di 51 buah negara, Amerika Syarikat masih lagi kekal sebagai penyumbang terbesar pasaran dengan 2,374 unit, diikuti China, Hong Kong dan Macau (770 unit), United Kingdom (658 unit) dan Jepun (641 unit).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…