Urban Electric perkenal solusi pengecasan tepi jalan 'pop-up'

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, walaupun dengan kempen pemilikan EV dan kehadiran pusat pengecasan awam yang muncul dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 43 peratus isi rumah UK tidak memiliki akses terhadap jalan masuk (driveway).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, lebih daripada lapan juta unit kereta dan van elektrik sukar untuk mendapatkan kemudahan pengecasan di rumah sendiri, dan terpaksa bergantung kepada fasiliti pengecasan yang berhampiran.

Ini menimbulkan keresahan di mana tidak semua rumah memiliki kemudahan pengecasan, dan tidak semua kawasan perumahan memiliki slot pengecasan di tepi jalan.

Salah satu solusi yang diperkenalkan oleh firma pemula British, Urban Electric memperkenalkan poin pengecasan jenis pop-up yang ditanam di tepi jalan dan dikatakan bersesuaian dengan hampir 90 peratus jalan-jalan di kawasan perumahan.

Slot pengecasan pop-up ini boleh dioperasikan menerusi aplikasi peranti pintar dan mampu menyalurkan tenaga sehingga 7kW - agak rendah namun sesuai untuk digunakan untuk pengecasan sepanjang malam.

 


Sementara lokasi yang disasarkan berdekatan dengan kawasan perumahan pula membolehkan para pemilik EV tidak perlu berjalan jauh semata-mata untuk mencari lokasi pengecasan untuk kereta elektrik mereka.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…