Ural LE AIR - motosikal sidecar yang dilengkapi dron DJI Spark

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal ini mungkin sesuatu yang paling berguna diperlukan oleh majlis perbandaran tempatan negeri Selangor dalam usaha untuk mengenal pasti kawasan jalan berlubang dan pokok tumbang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memperkenalkan, Ural LE Air 2018, sebuah motosikal sidecar yang dilengkapi dengan kelengkapan tapak pelancaran dron mudah alih!

Kelengkapan dron DJI Spark tersebut diletakkan pada muncung sidecar motosikal ini yang mampu diakses dengan hanya menekan satu butang khas, dan sebuah papan pelancaran khas akan timbul dari tempat simpanan tersebut. 
 


Ia juga turut dilengkapi dengan slot pengecasan USB terbina dalam bagi kemudahan terutama ketika memenuhi tuntutan tugasan kerja mengawasi cerun bukit runtuh dan juga jalan yang berlubang merata tempat. 

Menurut naib presiden operasi Ural, Jason Rae menjelaskan pembangunan unit pelancaran dron ini memakan masa hampir enam minggu daripada kertas kosong menggunakan teknologi bantuan produksi tiga dimensi. 
 


Didatangkan khusus bersama unit dron ini ialah stokin angin lintang berwarna jingga terang yang memberikan maklumat arah angin lintang yang amat berguna ketika melancarkan dan juga mendaratkan dron ini dengan selamat. 

Namun, Ural hanya membina sebanyak 40 unit terhad sahaja model LE Air ini, dengan layangan warna khas slate gray metallic diselang-selikan dengan warna oren dan hitam pada harga bermula dari $17,999 (RM74,896.18 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).