Ura-ura: Toyota mungkin batal projek GR Super Sport versi jalanan

oleh Mohamad Hanif|
Takhta model Toyota yang paling berkuasa pada ketika ini dipegang oleh GR Super Sport, di mana Toyota mengejutkan dunia dengan pengenalannya pada awal tahun 2018 sebagai unit homologasi untuk jentera lumba WEC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memilikinya, Toyota turut hadir dengan soal selidik yang memerlukan mereka yang berminat untuk memiliki sekurang-kurangnya satu lesen perlumbaan FIA, serta pernah memiliki sebuah Toyota 2000GT atau Lexus LFA sebagai syarat pembelian.

Namun, masa depan Toyota GR Super Sport mungkin tidak begitu cerah apabila sebuah laman web Jepun, Racer melaporkan model prototaip pra-produksi terbabit dalam kemalangan ketika sesi ujian di Fuji Speedway.
 

GR Super Sport


Hypercar hibrid itu didakwa terbakar dan mengalami kerosakan yang teruk sehinggakan memaksa Toyota menghentikan terus pembangunan jentera jalanan GR Super Sport itu.

Namun, insiden ini tidak memberikan kesan kepada pembangunan program Le Mans Hypercar, memandangkan peraturan terbaharu tidak mewajibkan pengeluar untuk hadir dengan unit homologasi jalanan.

Disebabkan itu juga, Peugeot yang hadir dengan 9X8 Le Mans Hypercar tidak berniat untuk mengikuti jejak langkah Toyota untuk menjual jentera hypercar hibrid versi jalanan.
 

GR Super Sport


Toyota GR Super Sport difahamkan memiliki nadi 2.4 liter bentangan V6 dengan turbo berkembar sebagai sebahagian daripada unit trenkuasa hibrid yang berupaya menghasilkan 1,000 kuasa kuda, selain ditawarkan dalam versi coupe dengan bumbung jenis kanopi.

Sumber: Racer

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota GR Super Sport merupakan homologasi jalanan kepada jentera Le Mans (mengikut regulasi FIA)…
Sukan Bermotor
Ini kerana bermula tahun 2021, terdapat peraturan baharu di mana kelas LMP1 akan ditamatkan dan…