Ura-ura: Subaru WRX wagon dijangka muncul Q4 2021?

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi model WRX yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan, Subaru dijangka hadir dengan sebuah lagi model berorientasikan prestasi - kali ini dalam bentuk badan wagon!

Menurut laporan daripada CarExpert, wakil Subaru Australia memberitahu WRX wagon itu bakal menggunakan asas daripada Levorg wagon yang telah pun dilancarkan di Jepun tahun lalu.

"Levorg telah diperakui sebagai sebuah wagon berprestasi yang niche, dan ia bakal bertukar menjadi sesuatuy yang berbeza menerusi generasi baharu ini," tambahnya lagi.

Laporan itu turut menyebut WRX wagon bakal muncul di Australia pada suku keempat tahun ini dengan membawakan nadi 2.4 liter turbo yang sama didatangkan pada WRX sedan, dengan angka output sekitar 286 kuasa kuda.
 

STI


Di Jepun, Subaru Levorg kini sudah memasuki generasi kedua menggunakan pelantar Subaru Global Platform dan dengan penampilan yang serba sporti.

Wagon Levorg ini membawakan enjin boxer empat silinder 1.8 liter turbo yang mampu menghasilkan 174 kuasa kuda dan 300 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT Lineartronic dimana kotak gear ini terdiri daripada 80 peratus komponen baharu.

Berita kurang baik, penawaran model WRX wagon ini mungkin hanya dikhususkan untuk pasaran Australia sahaja buat masa ini.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada penerbitan Jepun Mag-X mendakwa SUV Subaru Forester generasi baharu…
Berita Global
Toyota telah pun memperlihatkan rekaan sebenar crossover bZ4X, namun Subaru masih lagi setia…