Ura-ura: Mitsubishi bakal bangkitkan kembali Evolution! Tapi...

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi. Evolution. Ralliart. Gabungan tiga nama ini mungkin bakal membuatkan sebahagian peminatnya tersenyum lebar, apatah lagi Mitsubishi sudah pun mengesahkan kebangkitan semula jenama Ralliart beberapa bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terbaharu daripada Best Car Web, Mitsubishi diberitakan akan membangkitkan kembali penggunaan nama khas Evolution untuk salah satu model berprestasi tinggi, sebagai sebahagian daripada perancangan untuk melancarkan semula jenama Ralliart.

Laporan itu turut memperincikan garis masa pelancaran yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun 2022.

 

Outlander


Akan tetapi, nama Evolution tersebut tidak akan dipakaikan pada model Lancer sebagaimana tradisi terdahulu, sebaliknya ia akan digunakan oleh Mitsubishi Outlander versi pantas!

Menurut Best Car Web lagi, Outlander Evolution tersebut merupakan sebuah model plug-in hybrid (PHEV) yang lebih berkuasa, namun begitu tiada sebarang perincian bagi membolehkan kita memahami kenapa Mitsubishi sanggup memakaikan nama ikonik Evolution itu pada model Outlander.
 

Outlander PHEV


Terdahulu, Mitsubishi telah mendedahkan teaser model plug-in hybrid yang bakal dilancarkan kelak, di mana ia akan membawakan spesifikasi bateri yang lebih besar kapasitinya, serta keupayaan kuasa kuda yang jauh lebih berkuasa.

Ketika berita Mitsubishi menghidupkan kembali jenama Ralliart pada Mei yang lalu, mereka turut mendedahkan teaser model pertama yang bakal membawakan perkakasan Ralliart iaitu trak pikap Triton (atau nama lainnya L200).

 

Triton Ralliart


Selain itu, Mitsubishi juga turut mengesahkan penglibatan semula di dalam sukan permotoran, namun mereka tidak menyatakan siri perlumbaan yang bakal disertai pada masa akan datang.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…