Ura-ura: Mazda CX-50 ganti CX-5, guna platform pacuan roda belakang, enjin inline-6!

oleh Mohamad Hanif|
Nama Mazda CX-5 mungkin akan kekal dalam dua generasi sahaja memandangkan model penggantinya dikatakan memakai nama baharu, Mazda CX-50 yang bakal diperkenalkan menjelang tahun 2021 atau 2022.

Ini kerana menurut satu laporan daripada laman berita Jepun Spyder7, mereka berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang dipercayai menyebut nama CX-50 sebagai pengganti model CX-5.

Selain daripada nama baharu, Mazda CX-50 dikatakan bakal menggunakan platform pacuan roda belakang yang turut sama digunakan pada Mazda6 generasi baharu.

Ini membolehkan Mazda CX-50 menggunakan beberapa trenkuasa enjin empat dan enam silinder sebaris Mazda, termasuklah trenkuasa hibrid.

 


Laman Spyder7 turut mencadangkan model asas CX-50 menggunakan nadi Skyactiv-G empat silinder sebaris 2.5 liter dengan sistem mild-hybrid 48 voltan (184 kuasa kuda), serta versi 2.5 turbo (223 hp) dan enjin diesel Skyactiv-D 2.2 liter.

Sementara barisan enjin enam silinder sebaris pula bakal menjadi opsyen premium, terdiri daripada enjin 3.0 liter Skyactiv-X dan sistem mild-hybrid 48 voltan, serta kemungkinan enjin diesel 3.3 liter.

Berbanding Mazda CX-5, Mazda CX-50 dikatakan bakal memiliki rekaan yang lebih kemas, dengan struktur tiang A dan C yang menampakkan seakan sebuah coupe seperti yang diperlihatkan pada Mazda CX-30.

Sumber: Spyder7

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Teknologi nyahaktif silinder bukan sesuatu yang baharu untuk pengeluar dan sebagai Mazda, ia…
Berita Domestik
Dalam kejadian tersebut, wanita itu menghantar SUV-nya untuk dibasuh sebelum beredar ke tempat lain…
Berita Global
Ia melibatkan kelemahan struktur gasket yang digunakan untuk mengimpal sistem pendawaian (wiring…