Ura-ura: Lexus bangunkan sports coupe UC, guna platform GR 86, enjin boxer hibrid!

oleh Mohamad Hanif|
Dua bulan yang lalu, lengkap sudah pelancaran kembar Subaru BRZ dan Toyota GR 86 untuk segmen kereta sports pacuan roda belakang, namun ada satu berita menarik yang timbul dari negara matahari terbit baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana menurut laporan daripada Spyder7, Lexus juga dikatakan berminat untuk menawarkan kereta sports FR yang tersendiri dengan menggunakan platform kembar itu tadi.

Lebih menarik lagi, model yang dinamakan sebagai Lexus UC (Urban Coupe) ini dikatakan bakal hadir dengan unit trenkuasa hibrid, terdiri daripada enjin boxer 2.4 liter dan bantuan elektrifikasi (mild-hybrid atau plug-in hybrid).

Dengan sistem trenkuasa ini, ia dilihat mampu mendatangkan lonjakan kuasa yang lebih besar berbanding penawaran Subaru BRZ dan Toyota GR 86 sedia ada (228 hp/249 Nm).

 


Menurut laman web Spyder7 itu lagi, platform GR 86 itu akan diubah suai bagi membolehkan Lexus mencapai dimensi yang lebih panjang menghampiri 4,500 mm, sebelum diberikan penampilan tipikal Lexus seperti gril spindle dan kelengkapan yang lebih mewah berbanding kembar 86/BRZ.

Sebagai perbandingan, Toyota GR 86 memiliki dimensi panjang 4,265 mm sementara model Lexus RC sedia ada pula adalah sepanjang 4,699 mm.

Tindakan Lexus untuk memperkenalkan sebuah sports coupe mungkin dilihat sedikit aneh, memandangkan Lexus lebih kuat sebagai sebuah jenama sedan dan crossover mewah, sementara jualan model coupe seperti RC dan LC tidaklah sekuat jenama-jenama lain.

Sumber: Spyder7