Ura-ura: Honda bakal hidupkan kembali S2000, guna enjin Type R 350 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 mungkin sekali satu tahun yang agak suram, namun pengeluar-pengeluar automotif tidak pernah berputus asa untuk membawakan berita-berita yang mengujakan kepada para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, satu laporan yang muncul mencadangkan Honda sedang merancang untuk menghasilkan pengganti kepada roadster S2000 yang pernah wujud antara tahun 1999-2009.

Model roadster baharu ini dijadualkan pelancarannya pada tahun 2024 sebagai meraikan ulang tahun yang ke-75 Honda pada ketika itu, dan kira-kira 25 tahun selepas pengenalan model asal S2000 pada tahun 1999.

Menurut laporan daripada Forbes yang memetik sumber yang rapat dengan Honda, pihak pemasaran Honda sedang serius mempertimbangkan penghasilan generasi baharu S2000 yang mengekalkan elemen-elemen sedia ada seperti casis aluminium, berat badan tidak melebihi 1,360 kg serta pembahagian berat badan yang ideal 50:50.

 


Dari segi kuasa, Honda dikatakan sedang merancang untuk menyumbat nadi 2.0 liter turbo daripada Honda Civic Type R, namun dengan talaan yang lebih berkuasa (350 hp) untuk disalurkan kepada roda belakang.

Sebagai perbandingan, enjin K20C 2.0 liter pada Civic Type R mampu menjana kuasa 306 kuasa kuda dan 400 Nm yang memacu roda hadapan.

Untuk membangunkan roadster daripada kertas kosong akan memakan kos yang banyak, jadi adalah lebih baik bagi Honda untuk menggunakan sumber sedia ada bagi pembangunan generasi baharu S2000 2024 ini.

Namun, penggunaan enjin turbo pada S2000 dikatakan akan 'merosakkan' nama baik S2000, ini kerana roadster tersebut sebelum ini diingati kerana mempunyai enjin 2.0 liter aspirasi natural berputaran tinggi dan nisbah kuasa kepada sesaran paling tinggi pernah dihasilkan pada sesebuah kereta produksi pada ketika itu.

 


Tambahan pula, berita berkenaan pengganti Honda S2000 telah pun lama muncul semenjak S2000 asal dihentikan produksinya pada tahun 2009, dan Honda juga turut dikenali kerana kedegilannya untuk berkongsi teknologi kejuruteraan dengan syarikat lain.

Jika benar berita ini bakal menjadi kenyataan, ia bakal merancakkan lagi scene kereta sports Jepun yang kian meningkat dengan kehadiran Toyota GR Supra, Nissan Z, dan Subaru BRZ, apatah lagi setelah beberapa tahun sebelum ini negara tersebut sepi daripada kehadiran barisan kereta sports yang menarik.

Sumber: Forbes melalui Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya, ia bukanlah untuk dijual, akan tetapi Honda Access kini mengumumkan penjualan aksesori…
Berita Global
Bagi meraikan usia Honda S2000 yang ke-20, Honda membuat keputusan dengan menawarkan pelbagai…