UPS kini menguji van elektrik bagi tujuan penghantaran barang di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penghantaran barang, UPS kini bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan elektrik Arrival bagi menguji barisan kenderaan mesra alam bagi tujuan penghantaran barang di bandar besar.

Ujian sulung ini bakal melibatkan sejumlah 35 buah van elektrik comel bagi merentasi jalan di London dan Paris. 
 

Digelarkan sebagai kenderaan ringan komposit (lightweight composite vehicles), van elektrik ini mempunyai jarak perjalanan sejauh 240 km dengan pengecasan penuh. 

Syarikat Arrival menyatakan ini merupakan kenderaan komersil pertama di Eropah yang dibina untuk tujuan penghantaran barang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. 

Ini bukanlah kali pertama syarikat UPS menggunakan alternatif bagi barisan kenderaan.

Dengan kemasukan van Arrival ini akan menjadikan proses penghantaran barang lebih berkesan dengan barisan sedia ada yang terdiri daripada 300 kenderaan elektrik serta 700 buah kenderaan hibrid. 
 

Syarikat UPS juga turut dilaporkan telah menempah lebih daripada 125 buah trak Tesla Semi daripada Tesla bagi tujuan penghantaran barangan berskala besar. 

Sumber: Motor1 UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lalu, syarikat penghantaran kurier UPS telah menempah kira-kira 10,000 van elektrik…
Berita Global
Anda mungkin pernah melihat van berbentuk kotak ini kerana tahun lalu kami juga turut melaporkan ia…