UPDATED: SPAD dimasukkan di bawah Kementerian Pengangkutan - PM

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed telah mengumumkan bahawa SPAD akan dilupuskan dan diserap masuk ke dalam Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan baharu, Anthony Loke telah mengumumkan hasrat beliau untuk meletakkan kembali Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD di bawah kuasa kementerian beliau.

Ia bertujuan untuk menghindarkan tanggungjawab bertindan antara SPAD dan Kementerian Pengangkutan.

SPAD kini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Ia ditubuhkan dalam tahun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen 2010. 

SPAD mengambil-alih peranan Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan.

Loke bagaimanapun belum lagi memberi penjelasan lanjut bagaimana SPAD akan masuk di bawah kementerian beliau.

Secara dasar, Careta bersetuju agar semua agensi pengangkutan dimasukkan kembali di bawah kementerian agar ada kawalan dan mempunyai objektif yang sama.

Mungkin perkara yang patut dilakukan dahulu ialah memastikan Kementerian Pengangkutan dirombak semula agar lebih relevan kerana pada masa ini, banyak akta-akta tidak lagi relevan dengan teknologi pengangkutan dunia. 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…